X

Teknik mudah kumpul RM200 dalam masa sebulan

tabung kumpul duit

Teknik mudah kumpul RM200 dalam masa 31 hari.

Zaman sekarang nak simpan duit RM100 pun rasa susah bagi sesetengah orang.

Ada yang cuba simpan tetapi tak sempat nak sampai cukup bulan terpaksa dikorbankan akhirnya.

Saya nak kongsi sedikit tips kumpul RM200 dalam masa 31 hari. Apa-apa simpanan perlu displin yang tinggi dan konsisten.

Sifat jujur perlu ada pada diri untuk tidak mengambil duit yang dikumpul dan sentiasa menambahnya.

Tidak ada magis untuk mengamal simpanan ini kerana ia bergantung kepada kemahuan dan kejujuran untuk melihat hasilnya setelah capai 31 hari menyimpan.

Ada yang tak sabar-sabar nak tahu kumpul RM200 dalam masa 31 hari?

Boleh ikut panduan ini kumpul RM200 dalam masa 31 hari.

Jom kita bermain minda logik yang selalu mematikan hasrat untuk menyimpan RM200 sebulan secara konsisten.

Secara jujurnya kita nak asingkan RM100 atau RM200 pada awal bulan terasa sangat payah tetapi berhabisan RM200 sangat mudah. Betulkan?

Jom kita ajak bermain dengan logik akal supaya mengalah.

jadual kumpul RM200 dalam masa 31 hari

Saya nak kongsi simpan duit RM200 dengan cara terkumpul.

Tabung dan jaduan simpan duit

Duit terkumpul didalam tabung

Caranya adalah mengasing RM50 pada hari pertama setiap bulan. Baki RM150 dengan cara kumpul RM5 setiap hari selama 30 hari dalam sebulan (rujuk jadual).

Asingkan keuntungan hasil berniaga setiap hari.

Bagi yang berniaga boleh asing RM5 dari hasil keuntungan setiap hari selama 30 hari. Simpan RM50 pada hari pertama campur baki RM5 terkumpul selama 30 hari.

Jumlah keseluruhan terkumpul adalah RM200.

Sebenarnya saya nak program minda logik kita supaya tidak berkira nak menyimpan secara terkumpul dengan sedikit-sedikit.

Kita bermain akal, mengurangkan beban menyimpan dengan cara asingkan RM50 pada hari pertama dan baki RM5 kumpul selama 30 hari.

Fokus kumpul RM5 setiap hari.

Setiap kali RM100 yang bocor akan kehilangan 0.5gram emas

Tips diatas atas walaupun bukan cara terbaik untuk menyimpan.

Permainan logik akal akan mencipta alasan-alasan yang boleh membantut tabiat menyimpan.

Ingat pesanan ini:

Orang miskin tidak semestinya selama-lamanya miskin. Orang simpan hari ini sudah pasti lebih kaya dari semalam

RM200 simpanan terkumpul sudah boleh membeli emas 1 gram Public Gold melalui simpanan emas Gold Accumulation Program(GAP) setiap bulan secara konsisten.

Tabiat kumpul emas 1 gram setiap bulan

 


[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (12)

Related Post
Leave a Comment