X

Gold Accumulation Program simpanan emas terkumpul Public Gold yang patuh Syariah

 

Akaun simpanan emas terkumpul Gold Accumulation Program mendapat pensijilan Patuh Syariah.

Pada hari Sabtu yang baru ini telah menjadi detik sejarah kepada Public Gold merupakan sebuah syarikat tempatan yang menawarkan jual beli emas dan perak diatas talian.

Mungkin ada yang belum pernah dengar kewujudan syarikat Public Gold ini sudah wujud sembilan tahun lalu dan mempunyai pelanggan yang aktif lebih seratus ribu ahli.

Seminar Emas dan Shariah memberi pencerahan mengenai urusan jual beli Patuh Syariah.

Seminar Emas & Shariah anjuran Public Gold

Saya telah menghadiri Seminar Emas & Shahriah yang dianjurkan oleh Public Gold bertempat di TH Hotel, Kelana Jaya.

Dua tokoh telah dijemput untuk menyampaikan key note didalam seminar iaitu Dato Dr Mohd Daud Bakar sampaikan key note bertajuk, “Peranan Besar dan Masa Hadapan Emas didalam Kehidupan Manusia dari Sudut Pandangan Minda Syariah”.

Penyampai key note kedua oleh Dr Ahmad Sufian Che Abdullah dengan key note bertajuk, “Tinjauan dan Analisis Syariah terhadap Produk-produk melibatkan Emas dalam Pasaran.”

Video key note yang disampaikan oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar didlam Seminar Emas & Shariah anjuran Public Gold di TH Hotel, Kelana Jaya pada 11hb Nov 2017.

Dato Dr Mohd Daud Bakar sampaikan key note bertajuk: “Peranan Besar dan Masa Hadapan Emas didalam Kehidupan Manusia dari Sudut Pandangan Minda Syariah.”

Syukur alhamdulillah setelah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Public Gold telah dapat pencerahan dan kefahaman sebagai orang yang biasa ingin jawapan dan keyakinan produk emas yang Patuh Syariah.

Selepas menghadiri seminar emas ini saya semakin faham syarat-syarat transaksi emas yang patuh Syariah.

Tiga produk emas dari Public Gold mendapat pensijilan Patuh Syariah.

Public Gold sebelum ini telah mendapatkan tiga produk Patuh Syariah terawal produk iaitu:-

  1. Outright Purchase,
  2. Easy Payment Purchase (EPP) dan
  3. Buy Back Purchase

Pensijilan produk menambahkan kepercayaan terutama pelanggan islam mudah mendapat pemilikan emas secara Patuh Syariah tanpa rasa ragu-ragu.

Usaha mendapat Patuh Syariah adalah proses yang panjang.

Biar saya kongsi proses mendapatkan pensijilan Patuh Syariah bukan mudah kerana melalui proses dokumentasi oleh panel Syariah.

En. Zulkifli Shafie dan Ustaz Khairul Anuar Basri antara penggerak utama bermula tiga tahun lepas mengesyorkan produk Public mendapat Patuh Syariah dengan mencadangkan kepada Dato Wira Lois Ng founder Public Gold.

Urusan jual beli zaman sekarang yang begitu kompleks.

Jual beli emas pada zaman ini begitu komplek bukanlah semudah jual beli secara terbuka.

Sebagai contoh belian jumlah besar yang bertan-tan yang simpanan emas fizikal berada simpanan ditempat lain dan manakala urusan transaksi beli pula berlaku ditempat lain.

Mana mungkin penjual nak membawa emas yang bertan-tan tersebut semasa urusan jual dan diserahkan kepada pembeli emas.

Emas fizikalnya ada cuma tidak diserahkan secara lani atau langsung. Bagaimana sudut Syariah melihat hal seperti ini?

Standard Shariah Gold menjadi panduan

Pensijilan Patuh Syariah ini sangat bertepatan dengan terhasilnya standard The AAOIFI Shari’ah Standard No. 57 on Gold and its Trading Controls yang dihasilkan dengan kerjasama The Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) and the World Gold Council menjadikan mudah untuk umat islam seluruh dunia memiliki emas.

Simpanan terkumpul Gold Accumulation Program (GAP) mendapat pensijilan Patuh Syariah.

Biarkan saya terangkan apa itu simpanan terkumpul GAP ini. Pelanggan boleh membeli emas secara kecil-kecilan dengan bermula RM100 atau 1 gram diatas talian.

Mereka yang ingin membeli emas boleh beli secara kecil dengan secara terkumpul dibayar didalam Ringgit Malaysia dan akan ditukarkan kepada gram emas.

GAP ini disokong emas fizikal yang mana setiap pembelian diatas talian akan diberikan akaun online yang boleh melihat jumlah emas terkumpul.

Emas didalam akaun GAP boleh dikeluarkan didalam bentuk emas fizikal bermula 1gram dan ke atas dengan mengambil di cawangan Public Gold di seluruh negara dengan dikenakan caj premium pengeluaran.

Kelebihan GAP ini, pelanggan tidak perlu risau dimana nak simpan emas dan kos penyimpanan emas. Tiada yuran keahlian dikenakan untuk mula menyimpan emas untuk buka GAP.

Menjadi keraguan mereka ingin simpan emas dengan GAP ini adakah ia Patuh Syariah kerana emasnya tidak mendapat kadar segera atau lani.

Memandangkan pelanggan perlu buat pembayaran dahulu dan emas ambil fizikal dicawangan.

Setelah mendapat pensijilan Patuh Syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd yang merupakan Panel Syariah kepada Public Gold.

Pada penghujung Seminar Emas & Shariah telah diumumkan simpanan emas terkumpul Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP) telah mendapat pensijilan Patuh Syariah pada 29hb September 2017 yang diumumkan secara rasmi oleh En. Syukor Hashim Pengurus Besar, Public Gold.

Sijil Patuh Syariah untuk Gold Accumulation Program (SAP) untuk simpanan emas dan Silver Accumulation Program (SAP) untuk simpanan perak.

Ciri-ciri emas GAP

  • Harga emas dikemas kini setiap 24 jam pada jam 12 malam
  • Belian emas diatas talian
  • Tiada yuran keahlian dan kos simpanan emas
  • Boleh buka dengan bermula RM100
  • Boleh buka untuk bayi baru lahir dengan akaun bersama untuk bawah 18 tahun
  • Disokong emas fizikal
  • Boleh semak akaun secara online
  • Emas boleh keluar dari akaun dengan mengambil dicawangan bermula 1gram
  • Ketulenan emas 999.9
  • Mempunyai pensijilan LBMA
  • Mesra gadaian ArRahnu

Data KWSP menunjukkan bakal persara swasta tidak mempunyai dana simpanan caruman yang mencukupi untuk menampung selepas terputus sumber pendapatan apabila bersara kelak.

GAP ini adalah bebarapa cara untuk membeli emas pada harga murah dan mudah secara tidak langsung memupuk tabiat menyimpan dan kebocoran wang.

Marilah bermula simpan emas dengan GAP bermula hari ini dengan mengikuti panduan buka akaun Gold Accumulation.

 

Klik wasap.my/60166475702/GAP

 

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

 

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (4)

  • perkembangan yang sangat bagus..

    lebih meyakinkan kerana patuh syariah.

    orang non muslim pun lebih percaya kerana tiada permainan hidden cost

    terbaiklah perkongsaian bro

  • emas tetap emas, sampai bila-bila, takkan hilang nilai.
    duit cuma kertas, hari ni ada nilai, esok lusa belum tentu :)

    • Emas tetap Evergreen sampai bila-bila. Moga-moga makin ramai yang menyimpan emas untuk masa hadapan kerana sifat emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Insyallah dapat kurang kebocoran wang dengan berbelanja selepas duit ditukar kepada emas.

Related Post
Leave a Comment