X

Simpan duit Raya dengan simpan emas untuk pendidikan anak-anak

Emas penganti duit Raya

Hari Raya anak-anak adalah insan paling gembira di pagi Raya memakai baju Melayu serba baru. Melutut dan menghulurkan sepuluh jari mohon bermaafan daripada orang tua.

Selain anak-anak bergembira menerima duit Raya yang diberikan oleh orang tua. Pemberian duit Raya ini sudah menjadi tradisi yang diamalkan. Anak-anak kecil melonjak gembira menerima sampul duit Raya yang berisi duit Raya.

Apakah yang dibuat duit Raya terkumpul anak-anak?

Menjadi amalan ibubapa akan buka akaun simpanan dibank untuk menyimpan duit Raya terkumpul anak-anak. Mungkin ada yang kurang biasa atau dengar simpanan emas untuk anak-anak dengan cara duit Raya terkumpul ditukar kepada gram emas.

Mungkin terfikir kalau anak perempuan bolehlah beli barang kemas emas tetapi bagaimana pula anak lelaki? Boleh beli emas untuk anak lelaki macam tak kena. Sebenarnya boleh. Bukan barang kemas emas untuk lelaki kerana ia haram dipakai untuk lelaki.

Simpanan emas di dalam bentuk jongkong emas sesuai untuk samada anak-anak lelaki dan perempuan atau simpanan emas. Isunya adakah simpanan emas yang ditawarkan adalah Patuh Syariah atau tidak.

Ada simpanan emas tiada emas fizikal tetapi hanya pada kertas sahaja. Berbeza simpanan emas yang ditawarkan adalah disokong oleh emas fizikal dan mempunyai sijil Patuh Syariah. Tiada keraguan dan was-was menyimpan emas dengan Public Gold.

Kenapa perlu simpan jongkong emas?

Jongkong emas biasanya mempunyai ketulenan 995% hingga 999.9% adalah sesuai untuk simpanan dan juga pelaburan emas jangka masa panjang. Public Gold mempunyai produk Simpanan Emas yang dikenali Gold Accumulation Program (GAP). Simpanan emas GAP ini adalah produk Patuh Syariah yang dikeluarkan Amanie Advisors.

Emas 1 gram edisi Raya 2018

Baiklah saya kongsi sejarah GAP ini.

Public Gold ini ditubuhkan pada tahun 2008 kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Pembelian gram minima pada ketika itu bermula 10 gram pada harga sekitar RM1,752. Tidak semua orang mempunyai duit sebanyak itu pada hari ini lagi-lagi hendak mengeluarkan RM1k++ untuk beli emas 10 gram.

Simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) merupakan produk Patuh Syariah

Simpanan GAP bermula dengan modal rendah.

Pihak Public Gold memperkenalkan simpanan emas GAP ini boleh bermula dengan RM100 atau harga 1 gram ke atas. Kelebihan GAP ini memudahkan mereka yang mempunyai modal kecil masih mampu membeli emas dengan jumlah kecil secara terkumpul serendah RM100.

Kumpul emas sikit-sikit mengikut kemampuan.

Boleh kumpul emas sedikit-sedikit mengikut kemampuan untuk mendapatkan gram emas yang lebih besar. Sebagai contoh beli emas 1 gram setiap bulan dan target untuk kumpul 5 gram. Kalau nak beli emas 5 gram dengan harga sekarang sekitar RM1,100 mungkin agak mustahil. Emas fizikal yang sama boleh diperolehi cuma kaedahnya pelbagai.

Ciri-ciri emas simpanan GAP.

  • Tiada yuran keahlian atau yuran tahunan
  • Tiada kos simpanan
  • Boleh keluar emas di cawangan Public Gold yang ada setiap negeri dan di ArRahnu POS milik POS Malaysia.
  • Caj premium perlu dibayar dicawangan ketika mengeluarkan emas. Caj premium mengikut berat emas.
  • Produk Patuh Syariah

Caj premium mengikut berat emas

Emas boleh dijadikan simpanan pendidikan dan kegunaan pada masa hadapan.

Memandangkan simpanan anak-anak adalah bersifat jangka masa panjang. Sebagai ibubapa kita tidak mempunyai pelan untuk usik simpanan anak-anak jika tidak perlu.

Boleh dipertimbangkan dengan peratusan peruntukkan duit Raya terkumpul yang diterima ditukarkan kepada gram emas dengan GAP. Boleh bermula dengan RM100 dan apabila ada duit lebihan boleh ditambah gram pada masa akan datang.

Nilai RM50 mengikut tahun. Kuasa membeli semakin mengecil

Emas ini mempunyai sifat menyimpan nilai dan mengekalkan kuasa membeli. Berbanding duit Fiat @ duit wang kertas adalah angka-angka yang dicetak dan tidak disandarkan apa-apa. Emas tidak boleh dicipta, tidak boleh dimusnahkan dan tidak mempunyai tarikh luput. Kalau emas didalam bentuk serbuk sekali pun masih lagi bernilai.

Duit kertas didalam mesin ATM milik sebuah bank di India dirosakkan oleh tikus

Simpan emas untuk pendidikan anak-anak.

Kos yuran pengajian

Simpan emas untuk menampung kos pengajian anak-anak bila umur anak menjangkau umur 18 tahun. Tidak terbeban kewangan kerana sudah bermula awal mengumpul emas secara terkumpul. Saya ulangkan tabung simpanan pendidikan anak-anak adalah pelaburan jangka masa panjang.

Sudah tentu kita beranggapan ada pinjaman biasiswa seperti tabung pinjaman PTPN tetapi perlu diingat ada kelayakan tertentu dan jika lulus mendapat pinjaman biasiswa masih perlu duit permulaan sementara menerinma pinjaman nak masuk ke dalam akaun.

Contoh pengiraan simpan emas 1 gram secara terkumpul setiap bulan untuk anak.

Harga emas semasa Public Gold bertarikh 24hb Jun 2018

Pengiraan ringkas kumpul 1 gram setiap bulan dari sejak lahir hingga umur 18 tahun.

1 gram x 12 bulan x 18 tahun = 216 gram telah terkumpul.

Harga emas belian balik hari ini adalah RM162 per gram merujuk harga jual balik emas Public Gold. Bermaksud jika dinilai dengan harga hari ini untuk 216 gram bersamaan RM34,992. Rasanya cukup untuk menampung pengajian anak-anak pada masa hadapan dan bergantung harga semasa emas selepas anak-anak berumur 18 tahun tentu tidak sama dengan harga hari ini.

graf harga spot gold dunia

Boleh gunakan duit tersebut untuk belanja persiapan dan kos pengajian untuk melangkah ke menara gading bila cukup tempoh matang 18 tahun. Emas yang terkumpul boleh dijual untuk mendapatkan tunai.

Macam mana dah mula berminat nak mempunyai Tabung Simpanan Pendidikan anak dengan emas?

[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment