X

Panduan jual balik emas ke Public Gold

Dah simpan emas bila tiba masa tentu nak jual untuk dapatkan tunai atau keuntungan disebabkan kenaikan harga emas.

Ada beberapa cara jual balik emas fizikal Public Gold seperti jongkong emas dan dinar:-

+ Jualan balik @ Sell Back emas dengan kunci harga di laman Public Gold untuk emas.
+ Telefon cawangan Public Gold.
+ Walkin ke cawangan Public Gold.

Harga jualan balik boleh dikunci dengan login ke akaun di laman Public Gold.

Memandangkan harga emas di laman Public Gold akan dikemas kini setiap 20 minit.

Cara jualan balik emas balik Public Gold tidak jauh beza dengan cara pembelian Outright Purchase

[Nota Penting] Panduan ini untuk jual balik emas fizikal Public Gold. Bagi jual balik emas didalam simpanan emas Gold Acccumulation Program (GAP) boleh jual dengan login ke akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas fizikal.

Tidak perlu bimbang dan gusar tidak boleh nak jual semula produk emas keluaran Public Gold kembali ke Public Gold.

Public Gold menerima kondisi emas seperti dibawah:-

+ Emas calar
+ Emas kemek
+ Emas bengkok
+ Emas terbuka seal dengan spread 10%

Contoh harga Jualan Balik @ Sell back

Jadual Spread @ Susut nilai

Panduan ini untuk pelanggan Public Gold yang telah mempunyai nombor PG Code.

Penjualan balik emas fizikal boleh dilakukan melalui laman Public Gold.

Ikut panduan kunci harga Jualan Balik emas ke Public Gold.

Langkah 1 : Pertama layari laman Public Gold iaitu www.publicgold.com.my.

+ Klik Login

Langkah 2: Masukkan nombor PG Code dan Password

Langkah 3: Klik order dan pilih Place Sell Back

Langkah 4: Pilih cawangan Public Gold untuk Jualan Balik emas.

Langkah 5: Masukkan maklumat dan akaun bank. Public Gold akan membayar ke akaun bank.

Langkah 6: Pastikan maklumat yang diisi tepat dan klik butang Submit Sell Back.

Penting.

Langkah seterusnya adalah membawa emas fizikal yang ingin dijual ke cawangan yang dipilih seperti tempoh yang ditetapkan didalam syarat Jualan Balik emas . Public Gold akan bayar emas fizikal yang dijual selepas 3 hari ke dalam akaun.

————————————————————————————————————————–

Bagaimana kalau beli emas Public Gold tetapi tidak mempunyai nombor PG Code?

Telefon cawangan Public Gold dan beri maklumat seperti di bawah atau walkin ke cawangan Public Gold.[+]Senarai cawangan Public Gold.

Public Gold akan meminta maklumat seperti dibawah:-

Nama:
No MyKad:
No H/P:
Email address:
Nama Introducer: (jika tiada boleh letak) Mohd Azrin Bin Roselan
No PG code Introduder: PG00069417
Nama bank:
No Bank akaun:
Cawangan pilihan:
Item dan kuantiti dijual:

Secara automatik selepas menjual akan diberi nombor PG Code dan Password.

Ia adalah PERCUMA tanpa kos keahlian.

Pada masa hadapan nak beli emas secara Outright Purchase, EPP, GAP atau Jualan Balik dah mudah kerana sudah ada no PG Code.

Jualan Balik @ Buyback ini Patuh Syariah

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (6)

  • Boleh saya tau tarikh payment selepas membuat jual balik gold bar? Cth : tarikh sell back 24.3.2023

    • Biasanya proses bank in payment buyback mengambil masa 3 hari bekerja jika tiada masalah. Public Gold akan notify melalui email yang didaftarkan untuk maklum pembayaran buyback telah dikreditkan ke dalam akaun bank.

      1. Buyback emas akaun GAP dengan login akaun GAP untuk permohonan buyback.

      Pastikan sebelum buat Buyback semua maklumat telah disahkan seperti no handphone untuk TAC, Mykad dan no akaun bank. Jika salah satu ini tidak disahkan akan menyebabkan proses kredit buyback kurang lancar.

      2. Buybak emas fizikal perlu ke cawangan PG yang berhampiran.

      Jika ada masalah boleh hantar ticket pertanyaan ke PG untuk check status buyback dengan cara login akaun PG. Insyallah PG akan bantu.

  • Hi /assalam..kalau kita nak jual emas tp item masih x ambil ( xde fizikal kiranya)..macamana kita nak jual semula?

    • W Salam,

      Saya cadang hantar tiket pertanyaan mengenai hal ini dengan login akaun PG. Insyallah pihak PG akan guide. Biasanya kalau emas fizikal ditangan kalau nak jual perlu bawa ke cawangan kecuali emas didalam akaun simpanan GAP yang mana boleh jual dengan login akaun GAP untuk jual tanpa perlu pengeluaran emas fizikal.

    • W Salam, Sebelum walk in perlu buat appointment tarikh untuk slot hadir. Tidak boleh pos emas. Link slot appointment >> https://bit.ly/3GjfIhJ

      Hanya emas fizikal yang hendak dijual perlu bawa ke cawangan Public Gold terdekat. Kalau simpanan emas GAP boleh jual emas dengan login akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas fizikal.

Related Post
Leave a Comment