X

Tiga produk Public Gold patuh Syariah

Produk Public Gold patuh syariah.

Tahun 2017 adalah permulaan baik apabila tiga produk Public Gold telah mendapat pensijilan patuh syariah. Ia merupakan berita baik kepada 90k pelanggan Public Gold sedia ada dan bakal pelanggan.

  • Belian biasa dengan bayaran penuh(Outright Purchase)
  • Belian biasa dengan bayaran berperingkat(Easy Payment Purchase)
  • Jualan balik(Buy back)

Saya ingin berkongsi berkaitan tiga produk yang ditawarkan oleh Public Gold telah mendapat pensijilan patuh syariah.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI(on thr spot) ketika urusan AKAD berlaku. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas

JUALAN BALIK.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri

Nak consultation tambahan tentang emas? Hubungi

AzrinRos
Dealer Public Gold (PG00069417)
Wasap klik link Wasap AzrinRos

—————————————————————————————————————————–

NAK CERDIK EMAS WAJIB MILIKI BUKU MENYINGKAP RAHSIA PELABURAN EMAS

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (4)

    • Ramai diluar sana skeptikal adakah selamat membeli emas secara online. Public Gold ada didepan mata. Produk emas dan perak keluaran Public Gold Patuh. Lebih mudah beli online dan tiada kos simpanan emas dengan GAP dari Public Gold.

  • owh begitu rupanya 3 cara pembelian dan penjualan...

    saya pun dah mula mengumpul emas dengan 1gram terlebih dahulu

    • Syukur alhamdulillah dah pun mula. Insyallah akan capai 1kg emas suatu hari nanti. Aminnn.

Related Post
Leave a Comment