X

Panduan Self Learner beli emas fizikal Public Gold

Panduan ini sesuai untuk mereka yang ingin beli emas dan dapat emas sama ada yang sudah ada akaun PG Code atau pelanggan baru.

Bagi sesetengah orang mereka lebih selesa bila dapat pegang emas. Ini adalah panduan Self Learner supaya pada masa akan datang boleh pesan sendiri emas yang ingin dibeli.

Pelanggan yang nak beli emas boleh telefon dahulu di cawangan terdekat untuk buat semakan stok emas atau buat reservation dengan lock dahulu harga emas secara online melalui portal Public Gold.

Kalau beli jongkong emas dikedai emas tidak boleh lock harga tetapi beli harga terkini pada hari yang dibeli emas tersebut.

Public Gold telah sediakan portal untuk memudahkan pelanggan membeli emas tanpa perlu ke cawangan Public Gold selagi mempunyai sambungan internet.

Pelanggan boleh membeli emas bila-bila masa 24jam/7 hari seminggu dari mana-mana ceruk.

Layari portal Public Gold di www.publicgold.com.my untuk melihat harga semasa emas.

Bahagian kolum sebelah kiri ada 3 kumpulan iaitu;

  1. Harga emas fizikal jongkong emas berubah setiap 20 minit mengikut harga pasaran emas dunia.
  2. Harga dinar emas berubah setiap 20 minit mengikut harga pasaran emas dunia.
  3. Harga runcit untuk 0.5g, 1 gram, 5 gram dan 1/2 dinar emas.

#1 Klik login di penjuru kanan atas sekali portal Public Gold.

#2 Masukkan PG Code dan Password. Jangan lupa nak tick I am human dan klik Login.

Nota: Pelanggan pertama kali membeli emas.

Public Gold akan diberi Username sementara dan password. Pelanggan pertama kali boleh login username mengunakan Mykad dan Password yang set semasa mendaftar Public Gold. Daftar akaun Public Gold PERCUMA disini.[+]https://azrinros.com/dafar_akaun_pg

Public Gold akan beri no PG code setelah pembelian pertama berjaya.

3# Pilih daripada 18 cawangan Public Gold terdekat untuk mengambil emas.

4# Boleh tapis produk atau melalui carian Search. Masukkan jumlah emas yang ingin dibeli.

5# Tick Myself untuk menambil sendiri emas di cawangan.

6# Semak semua maklumat pembelian dan pembeli adalah betul. Kemudian klik Submit Order untuk mengesahkan pembelian emas.

7# Public Gold akan menghantar email pengesahan Customer Sales Order(CSO) ke email inbox pelanggan.

 

8# Pembayaran perlu dibuat didalam masa 24jam selepas menerima pengesahan pesanan dari pihak Public Gold.

Akaun pembayaran Public Gold;
Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.
Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
No Akaun. : 5071-3410-4563
No Swift. : MBBEMYKL

Kemudian fak bukti slip pembayaran ke +604-6464916, atau payment@publicgold.com.my didalam masa 24 jam.

Nota penting pengambilan stok emas:

Buat reservation dengan cawangan Public Gold untuk mengambil emas sekurang-kurang 3 hari sebelum ambil stok.

Beri maklumat no CSO supaya memudahkan pihak Public Gold menguruskan penyerahan emas nanti.

Pihak Public Gold hanya akan menyerahkan emas setelah pelanggan menyerahkan salinan asal slip pembayaran(contoh pembayaran melalui Cash Deposit Machine(CDM) atau melalui kaunter bank).

Pastikan bawa slip pembayaran asal ke cawangan dan Proforma inbois bersama.

atau,

Boleh mohon Public Gold pos emas tersebut dengan mengunakan perkhidmatan Gold In Transit (GIT) yang dilindungi insuran.

Terma – terma pembelian.

Konsep asas untuk mendapat keuntungan simpanan emas fizikal adalah membeli emas dengan harga rendah dan jual emas pada naik untuk mendapatkan margin keuntungan perbezaan harga beli dan jual.

Nak jual balik emas tidaklah sesusah mana dan ia adalah proses mudah apabila beli emas fizikal daripada penjual yang beri jaminan belian jual balik emas yang dibeli.

Public Gold membeli balik produk emas fizikalnya didalam kondisi:-

+ Emas calar
+ Emas kemek
+ Emas bengkok
+ Emas terbuka seal dengan spread 10%

Pelanggan baru yang mendaftar dengan saya akan diberi ebook PERCUMA dan bimbingan mengenai emas;

AzrinRos

Wasap klik link Wasap AzrinRos

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment