X

Simpanan emas fizikal elak kebocoran wang

Simpanan emas fizikal dapat elak kebocoran wang.

Duit mudah bocor jika tak kuat iman kerana begitu mudah untuk belanja pada zaman sekarang dengan godaan promosi diatas talian terutamanya.

Jangan salahkan peniaga promosi offline dan online tetapi salahkan diri kerana tidak menguruskan wang baik yang mana keperluan dan yang bukan.

Bagaimana simpanan emas fizikal dapat kekang nafsu boros?

Duit gaji bulanan yang diterima biasanya di kredit ke dalam akaun bank.

Bila sampai hari gaji kita akan keluarkan untuk perbelanjaan diri sendiri, keluarga, bayar bil dan bayar hutang.

Memandangkan akaun simpanan bank boleh akses melalui perbank diatas talian dan mudah untuk kita mengunakan duit gaji didalam akaun simpanan.

Kajian dijalankan terhadap warga emas yang berumur 60 tahun ke atas didapati, sebanyak 42.3% tidak mempunyai simpanan.

21.1% warga emas terpaksa bekerja kerana memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan harian hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima 2014 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 

1. Tukar wang kepada emas untuk simpanan.

Kita perlu bertanggungjawab untuk menguruskan perbelanjaan dan kebanyakkan pakar kewangan mengesyorkan simpanan 10%-30% daripada pendapatan bulanan.

Perkara pertama bila terima gaji bulan tolak siap-siap duit untuk simpanan dengan cepat-cepat beli emas fizikal.

Pastikan mempunyai duit berbaki yang cukup untuk perkara lain janganlah sampai menyusahkan diri ikat perut.

2. Tidak tenteram melihat duit berbaki didalam akaun simpanan.

Bagi yang sukar menyimpan dan senang berbelanja adalah digalakkan menyimpan simpanan emas fizikal.

Duit yang tidak digunakan adalah sesuai untuk ditukarkan kepada emas fizikal. Bila duit bentuk dalam wang kertas atau didalam bentuk angka simpanan bank lebih mudah untuk dibelanjakan.

3. Tukar wang kepada emas tukar kepada wang.

Apabila wang ditukarkan kedalam bentuk emas fizikal dapat kekang nafsu berbelanja kerana emas fizikal bukanlah matawang yang diterima pakai untuk urus niaga selain wang selagi tak jual balik emas.

Nak belanja perlu emas fizikal tersebut kepada wang untuk memudahkan urusan jual beli.

Secara emosinya kita rasa agak berat hati nak tukar emas fizikal kepada wang dan jual pun sayang.

4. Simpanan emas fizikal untuk simpan dan lupa.

0.5g Au999.9 LBMA Cat
0.5g Au999.9 LBMA Bicycle
0.5g Au999.9 LBMA PG Gold Museum
1g AU999.9 LBMA Birthday
1g AU999.9 LBMA Wedding
1g Au999.9 LBMA Baby
1g Au999.9 LBMA Classic
1g Au999.9 LBMA Rooster Year
1g Au999.9 LBMA Merdeka MY60
5g Au999.9 LBMA

Jadikan emas simpanan emas sebagai simpanan dan lupakan.

Biasanya rekaan sijil untuk 1 gram ada bermacam tema ia menarik untuk dikumpul dan jadikan satu hobi mengumpul sijil 1 gram yang bertema.

5. Kenapa perlu tukar duit kepada emas fizikal dapat kekang.

+ Perbezaan harga Jual dan Beli. Spread @ susut nilai.
+ Simpanan emas fizikal bersifat jangka masa panjang.
+ Emas dapat bertahan lama sebelum dapat tukar kepada wang

Contoh harga Jual dan Beli

Maksud yang ingin sampaikan adalah simpanan bentuk fizikal dapat bertahan lama kerana harga emas akan ada turun naik jadi nak jual masa terdekat.

Ada kemungkinan harga emas turun akan terasa rugi kerana dapat wang kurang dari hasil jual.

Secara tidak langsung terpaksa tangguh dahulu nak tukar emas kepada wang.

Ini tidak bermakna selama-lamanya harga emas akan jatuh. Pada tahun 2000 harga emas segram sekitar RM40. Murahkan.

6. Sekali simpan akan jadi penyimpan emas tegar.

Berdasarkan penyimpan emas tegar dikatakan menyimpan emas ini berhantu kerana sekali menyimpan dan selama-lamanya akan menyimpan.

Bermula dengan belian kecil 1 gram suka-suka dan kenang-kenangan hingga belian bergram-gram.

7. Set matlamat menyimpan.

Elak kebocoran dengan merancang simpanan perbelanjaan pendidikan anak sebagai contoh target simpan 1 gram emas setiap bulan boleh mula dari sejak kelahiran.

Bila tiba masanya untuk melanjutkan pengajian bolehlah simpanan emas yang dikumpul dicairkan dalam bentuk tunai untuk perbelanjaan pengajian anak-anak.

Simpanan untuk mengerjakan ibadah Umrah sebagai contoh boleh target mengumpul 10 dinar emas untuk perbelanjaan kos Umrah seorang.

Harga 10 dinar bertarikh 27 Feb 2017 adalah RM8,213 adalah lebih dari cukup untuk digunakan kos perbelanjaan ke tanah suci Mekah.

Boleh simpan hasrat untuk menunaikan impian menghantar orang tua ke tanah suci Mekah.

Mungkin ada yang berpendapat sedangkan duit pun susah nak simpan inikan emas.

Ya memang betul samada duit simpan sendiri, simpan didalam bank atau duit ditukar kepada emas ia cuma medium penyimpanan yang berbeza.

Kalau tidak paksa diri untuk menyimpan selama-lamanya dapat gaji bulan akan habis sebelum sampai tengah bulan.

Kalau mempunyai kebimbangan nak simpan emas fizikal dan perlu menyewa deposit box menyebabkan kos bertambah boleh memilih untuk simpanan emas terkumpul dengan Gold Accumulation Program(GAP) adalah simpanan umpama simpanan bank.

Emas yang dibeli tidak perlu bimbang untuk simpan kerana tiada kos simpanan emas dikenakan dan boleh keluar emas fizikal.

 

 

Penafian: Cadangan yang diberikan bukan daripada pendapat pakar tetapi ia adalah pendapat pendapat peribadi kesan simpanan emas fizikal dipercayai dapat mengatasi kebocoran wang.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment