X

Simpan emas perlu ada matlamat yang jelas

Set matlamat jelas sebelum simpan emas.

Nak simpan emas perlu matlamat yang jelas. Membeli dan simpan sama juga seperti menyimpan duit untuk tabung simpanan didalam bank.

Apa bila simpan duit dengan mengasingkan 10-20% dari pendapatan ke dalam tabung simpanan sama juga dengan menyimpan emas.

Cuma anda tukar dari duit kepada ke dalam bentuk logam komoditi iaitu emas.

Emas yang ingin disimpan boleh dipilih didalam bentuk jongkong emas atau dinar emas.

Pasang matlamat yang jelas tujuan simpan emas.

Matlamat adalah perkara pokok perlu dikenal pasti.

Ia mungkin pencapaian jangka masa pendek atau jangka masa panjang tetapi didalam hal simpan emas ini ia adalah matlamat jangka masa panjang.

Kalau nak lebih baik lagi boleh masukkan matlamat yang SMART;

S – Specific

M – Measurable

A – Achievable

R – Realistic

T– Time

Bila mempunyai matlamat yang jelas ia sebenarnya membantu anda lebih fokus untuk merealisasikan matlamat yang anda telah tetapkan.

Tidaklah akan terkandas ditengah jalan kerana hangat-hangat tahi ayam.

9 matlamat yang difikirkan untuk anda jadikan alasan kukuh untuk menyimpan emas.

1. Mengelakkan kebocoran wang

Ada sesetengah orang ada masalah apabila berduit. Pantang sahaja ada duit didalam tangan mesti gatal tangan hendak dibelanjakan.

Pantang ada duit lebih dan dapat duit hasil kerja luar atau lebih masa. Maklumlah duit dapat terkumpul didalam kuantiti banyak lebih mudah dihabiskan.

Nak elak kebocoran wang dengan sifat boros ini adalah cepat-cepat selamatkan duit tersebut dengan menukarkanya kedalam bentuk emas.

Secara tidak langsung akan potong nafsu untuk berbelanja bila ditukarkan kepada emas.

2. Tabung simpanan persaraan

Hasil kajian KWSP menunjukkan pesara akan habiskan simpanan persaraan KWSP akan habis didalam masa 3 bulan sahaja.

Persara perlu sekurang-kurang minimum RM120,000 untuk perbelanjaan 20 tahun dari tarikh berpencen dengan perbelanjaan RM500 sebulan.

Tidak ramai bakal persara swasta mempunyai simpanan yang menghampiri RM120,000.

Kita mungkin tidak boleh ramal apa yang berlaku pada masa hadapan tetapi kita boleh merancang perjalanan kehidupan kita.

Selebihnya akan ditentukan oleh Allah SWT walau bagaimana pun kita perlu berusaha.

Tak akan kita hendak mengharap anak-anak kita menghulurkan duit setiap bulan kepada kita jika mempunyai simpanan yang cukup tentu tidak akan menyusahkan mereka.

3. Tabung mengerja ibadah umrah atau haji

Walaupun semakin ramai yang mampu mengerjakan umrah sekarang ini dan tidak menjadi masalah mengumpul dinar emas untuk kos mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Simpan dinar boleh dijadikan serampang dua mata dengan niat untuk kos mengerjakan ibadah ke tanah suci Mekah.

1 dinar emas LBMA 4.25g

Contoh pengiraan bilangan dinar diperlukan untuk mengerjakan ibadah Haji

  1. Tahun 2002:-
    1 Dinar = RM 140
    Kos Haji = 65 keping x 140
    Jumlah = RM9,100.00
    Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
  2. Tahun 2010:-
    1 Dinar = RM 595
    Kos Haji = 17 keping x RM 595
    Jumlah = RM 10,115.00
  3. Tahun 2016:-
    1 Dinar = RM 714
    Kos Haji = 14 keping x RM 714
    Jumlah = RM 9,996 ( harga haji terkini 9980)

sumber: Pokli

4. Tabung pendidikan

Simpan emas untuk tabung pendidikan anak-anak. Boleh bermula simpan emas dari sejak lahir hinggalah umur 18 tahun.

Boleh mengurangkan bebanan kos yuran pengajian anak-anak bila melangkah ke menara gading.

Contoh

Tempoh simpanan 18 tahun dengan 1 gram setiap bulan.

1g x 12 bulan x 18 tahun = 216 gram emas terkumpul.

5. Tabung membeli rumah

Setiap insan ingin memiliki rumah sendiri dimana mereka boleh membina kehidupan dan berteduh.

Simpan emas untuk deposit rumah, kos guaman dan sebagainya.

Contoh

Mula simpan umur 21 dan jangka ingin memiliki rumah pada umur 30 tahun.

1g x 12 bulan x 10 tahun = 120g emas terkumpul

6. Insuran kewangan

Kita selalu berungut harga barang naik dan kos kehidupan juga naik.

Kita merasakan nilai matawang kita masih mengecil.

Kita perlukan lebih wang untuk membeli barang yang mempunyai berat sama.

Nak selamatkan duit kita daripada susut nilai adalah tukar kepada gram iaitu dengan membeli emas.

Apabila tukar emas didalam bentuk gram ia akan kekal sampai bila tanpa susut segram sekali pun.

1. Tahun 2014 harga 1kg adalah RM1.45
2. Tahun 2016 harga 1kg adalah RM2.84

7. Tabung persaraan

Statistik KWSP tahun 2012 menunjukkan 71.5% persara yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 iaitu kurang RM120,000 yang disasarkan oleh KWSP apabila tiba umur persaraan.

Jumlah RM50,000 mampu bertahan untuk tempoh 8 tahun dengan RM500 perbelanjaan sebulan.

Apabila tiba masanya umur persaraan anda boleh cairkan emas yang disimpan sekian lama.

Pernah kita dengar pesan orang tua supaya beli emas untuk anak perempuan.

Mereka sudah nampak emas ini lebih terjamin disimpan berbanding duit.

Sejarah emas telah merekodkan emas antara elemen penting didalam kerajaan purba dan juga menjadi matawang untuk perdagangan.

8. Tabung modal perniagaan

Emas yang disimpan boleh dipajak untuk mendapatkan modal perniagaan.

Apabila dapat keuntungan bayar kos simpan dan tebus pajakan.

Anda dapat balik emas yang dipajak tanpa kurang segram pun.

Berbanding membuat pinjaman bank anda perlu kertas kerja dan prosidur yang panjang.

Ada emas anda boleh pajak boleh dapat 65-70% daripada nilai marhun.

9. Simpan emas untuk kahwin

Bagi pasangan muda yang bakal berkahwin bolehlah memilih untuk menyimpan dinar emas untuk kahwin.

Perbelanjaan kahwin memerlukan belanja yang besar anggaran RM15,000 hingga RM20,000 dan mungkin lebih.

Dinar emas sebagai hantaran atau mas kahwin akan membudayakan amalan sunnah Nabi SAW.

Perkara yang baik kenapa tidak dianjurkan.

Pada tahun 2000, Datin Marlia Musa terima tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000 berupakan mas kahwin dari Datuk M Nasir.

Salah satu sifat emas ini ia tidak mudah terbakar kerana perlu suhu 1,064 °C dan emas bukan unsur organik yang akan rosak dan luput tarikh.

Jadi tidak salah untuk jadikan emas sebagai salah satu opsyen portfolio menyimpan selain melabur di Unit Amanah, Saham, Simpanan ASB dan Tabung Haji, pelaburan hartanah dan sebagainya.

Pakar pelaburan nasihat, “Supaya tidak letak semua telur dalam satu bakul”.

Sama dengan pelaburan perlu dipelbagai kerana ada risiko tinggi dan rendah.

Pelaburan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Menyimpan emas adalah lebih mudah kerana harga emas dibawah RM200 untuk 1 gram boleh dimiliki.

Kalau sebelum ini menyimpan didalam bentuk wang tunai hanya perlu ditukarkan kepada emas.

Memandangkan emas ini kalis inflasi berbanding duit kertas.

Inflasi meruncing di Zimbabwe menyebabkan 100 billion zimbabwe mampu beli 3 telur ayam.

Nasihat mentor saya En.Mohd Zulkifli nak simpan emas perlu ada minimum simpanan 3 bulan pendapatan.

Selebihnya simpanan boleh disimpan didalam bentuk emas.

Anda bulan gandakan simpanan 3 bulan pendapatan kepada 6 bulan pendapatan kemudian ke 9 bulan pendapatan dan 12 bulan pendapatan.

Kalau simpan diusia muda silap haribulan anda boleh jadi Jutawan Emas.

Klik disini ==>Download laporan PERCUMA Simpan Emas Sebagai Penyelamant Simpanan Persaraan.

Nak buka akaun emas? Hubungi

AzrinRos
Dealer Public Gold (PG00069417)
Wasap klik link Wasap AzrinRos

—————————————————————————————————————————–

Nak cerdik emas wajib miliki buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment