X

5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan

jongkong emas Public Gold

5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan.

Ramai yang diluar sana amat teruja untuk mendapat keuntungan dengan pelaburan emas.

Perlu diingat pelaburan emas ini adalah bersifat simpanan jangka masa panjang.

Perkara pokok sebelum membeli emas perlu matlamat yang jelas.

Nak simpan emas perlu ada matlamat yang jelas supaya anda tidak terkapai-kapai tanpa arah tujuan membeli emas akhirnya terbantut sekerat jalan.

Saya telah sebutkan membeli dan menyimpan adalah bersifat simpanan jangka masa panjang.

Kenal pasti 3 posisi anda sebelum beli dan melabur emas.

  1. Penyimpan emas
  2. Pelabur emas
  3. Peniaga emas

Biar saya kupas setiap satu posisi pembeli emas ini supaya anda mudah faham dan lebih jelas matlamat membeli emas untuk tujuan pelaburan emas dan sebagainya.

1. Penyimpan emas.

Ramai yang bermula membeli emas sebagai penyimpan emas terlebih dahulu.

Membeli emas untuk simpanan jangka masa panjang untuk tujuan tertentu seperti tabung simpanan persaraan, tabung simpanan kecemasan, tabung pendidikan, tabung belanja kahwin, tabung deposit beli rumah, tabung kos mengerjakan umrah dan tabung haji dan sebagainya.

Sifat penyimpan emas ini membeli emas konsisten setiap bulan dengan mengasingkan terlebih dahulu dengan mengasingkan sejumlah duit untuk membeli emas dari pendapatan bulanan diantara 10%-30% peratus.

Jika ada sumber-sumber seperti elaun kerja lebih masa, hasil keuntungan berniaga dan sebagainya akan disimpan didalam bentuk emas.

Harga turun naik emas tidak mempengaruhi faktor membeli emas sebab sudah set objektif yang jelas untuk menambah berat gram setiap bulan paling kurang 1 gram setiap bulan.

Penyimpan emas akan gembira apabila harga emas turun sebab inilah peluang untuk menambah gram emas.

2. Pelabur emas

Pelabur emas adalah mereka yang mempunyai sejumlah modal dan mendapatkan keuntungan bersifat jangka masa pendek dengan mempunyai ilmu graf pergerakan harga pasaran emas semasa.

Jual emas apabila harga emas lebih tinggi daripada harga beli untuk mendapatkan keuntungan.

Membeli balik emas dengan modal yang diperolehi selepas hasil jual keuntungan emas tidak kira berapa gram yang diperolehi.

Proses ini dilakukan berulang kali.

3. Peniaga emas

Peniaga emas adalah mereka yang berniaga emas sebagai contoh kedai emas atau secara jual emas diatas talian.

Peniaga emas ini mendapat keuntungan dengan hasil menjual emas.

Salah satu contoh anda boleh mula berniaga emas dengan menjadi Dealer dengan membeli emas bernilai RM30k didalam satu inbois dari Public Gold akan layak menjadi dealer.

Sudah jelas dimana satu posisi anda sebelum membeli emas?

Anda boleh menjadi Penyimpan emas sahaja

Biasanya Peniaga emas juga adalah yang bermula dengan Penyimpan emas setelah melihat peluang untuk menjana pendapatan dengan menjual emas.

5 faktor diambil kira sebelum melabur emas.

  1. Spread @ susut nilai
  2. Harga emas per gram
  3. Kesediaan stok
  4. Gadaian ArRahnu
  5. Jaminan beli semula

5 faktor ini boleh digunakan sebelum membuat keputusan untuk membeli emas.

Setiap orang sudah tentu hendak membeli emas mahukan keuntungan.

Jangan terkejut apabila anda mengunakan 5 faktor kerana terdapat perbezaan harga semasa hendak beli, jual semula walaupun berat gram yang sama.

Setiap jenama dan penjual tidak mempunyai keseragaman jadi mana satu kita nak dapatkan emas lebih menguntungkan?

1. Spread @ susut nilai

Spread @ susut nilai adalah perbezaan harga jual(Sell) bermaksud harga ditawarkan oleh penjual kepada pelanggan dan harga beli(Buy) adalah  penjual membeli emas yang ingin dijual oleh pembeli.

Contoh pengiraan harga Spread @ susut nilai didalam peratusan.

Formula mengira spread @ susut nilai didalam bentuk peratusan.

% Spread = [(Harga Sell – Harga Buy) / Harga Sell] * 100%

harga emas public gold

Contoh pengiraan spread 10gram emas LBMA Public Gold

[(1,837 – 1,690) / 1,837 ] * 100% = 8%

Contoh pengiraan spread 1000gram emas LBMA Public Gold

[(179,322 – 170,356) / 179,322] * 100% = 5%

Contoh pengiraan spread 10gram emas Pamp Suisse yang dijual oleh bank UOB

[(1,923 – 1,750) / 1,923 ] * 100% = 9%

Contoh pengiraan spread 10gram emas Pamp Suisse yang dijual oleh bank Al Rahji

[(1,908.90 – 1,663.20) / 1,908.90 ] * 100% = 13%

Kalau anda nak maksimumkan keuntungan membeli emas boleh semak spread @ susut nilai.

Semakin berat emas semakin rendah spread @ susut nilai. Spread setiap penjual emas tidak sama.

Nota: Penstrukturan Spread emas Public Gold berkuatkuasa 1 Januari 2017.

Perbandingan harga emas 10 gram

No Penjual Emas Berat (gram) Spread (%)
1 Public Gold Emas Au999.9 LBMA 10 8
2 UOB Pamp Suisse 10 9
3 Al Rahji Pamp Suisse 10 13

2. Harga emas per gram

jongkong emas Public Gold
jongkong emas Wah Chan
jongkong emas Poh Kong

Anda boleh semak harga per gram untuk berat gram yang sama. Sememangnya ada perbezaan gram diantara satu penjual emas dengan penjual yang lain. Emas yang dijual telah dimasukkan kos menjadikan harga berat per gram tidak sama walaupun berat yang sama. Boleh semak kedai emas samada ada kos upah dan GST.

Ciri-ciri emas yang dikecualikan cukai GST seperti diwartakan oleh kerajaan seperti didalam boleh rujuk dokumen warta Perintah Cukai Perkhidmatan (Pembekalan dikecualikan) 2014 (P.U.(A) 271. Jadual Pertama [Subperenggan 2(1)] Perenggan 4 muka surat 2 hingga 6.

Ciri-ciri emas bebas GST

Logam berharga(Precious Metal);

i) emas didalam bentuk bar, jongkong atau wafer;

ii) mempuyai ketulenan sekurang-kurang 99.5%; dan

iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;

iv) pensijilan London Bullion Market Association(LBMA)

v) pensijilan London Platinum and Palladium Market

Nota: Harga emas yang dijual oleh Public Gold tiada kos upah dan tiada GST. Emas ketulenan Au999.9 dengan pensijilan London Bullion Market Association(LBMA).

3. Kesediaan stok

Kalau satu faktor yang perlu diambil perhatian adalah kesediaan stok.

Manalah tahu harga emas turun memang peluang nak beli tiada stok pula.

Anda boleh semak dengan penjual emas kesediaan stok.

Masalah utama apabila anda tidak boleh kunci harga(lock price) pada harga anda nak beli emas.

Jadi anda kena beli harga semasa stok sampai sudah tentu harga tidak sama.

Nota: Beli harga emas dengan Public Gold anda boleh kunci harga(lock harga) walaupun menunggu stok sampai.

4. Boleh gadai di ArRahnu

Kelebihan emas adalah boleh digadaikan untuk mendapatkan tunai. Ini adalah kelebihan bagi yang memiliki emas untuk dicairkan didalam bentuk tunai.

Proses mendapat tunai dengan gadaian emas tidak banyak kerenah dan dokumentasi dan lebih mudah dari memohon pinjaman bank.

Anda boleh tebus emas yang digadaikan tanpa kurang segram pun.

Emas yang ingin digadai perlu diuji ketulenan dengan ujian acid perlu buka seal.

Kerugian disini apabila emas dibuka seal akan bertambah susut nilai 18% hingga 30% apabila hendak dijual semula.

Kalau anda tak kisah tak apalah.

Nota: Emas keluaran Public Gold tidak perlu diuji ketulenan emasnya di ArRahnu POS Malaysia kerana ia mempunyai pensijilan LBMA. Jadi tidak perlu risau kerugiaan susut nilai akibat buka seal untuk ujian ketulenan emas.

5. Tidak cerewet beli semula

Salah faktor penting yang perlu diambil kira adalah emas yang dibeli boleh dijual semula kepada penjual kita dengan bersyarat diantaranya tidak boleh kemek, tercalar, patah, terbuka seal akan susut nilai atau kehilangan sijil.

Nota: Public Gold menerima penjualan balik emas keluaran mereka dengan syarat tidak terbuka seal dan jika terbuka seal akan dibeli dengan harga emas 22k. 

5 faktor ini ada boleh buat perbandingan untuk mendapatkan emas yang menguntungkan.

Klik disini ==>Download laporan PERCUMA Simpan Emas Sebagai Penyelamat Simpanan Persaraan.

Nak buka akaun emas? Hubungi

AzrinRos
Dealer Public Gold (PG00069417)
Wasap klik link Wasap AzrinRos

—————————————————————————————————————————–

Nak cerdik emas wajib miliki buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

 

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (6)

Related Post
Leave a Comment