X

Prosidur pembelian emas Public Gold versi terkini

Laman Public Gold telah dinaik taraf untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan Public Gold sedia ada atau yang baru lebih mudah mendapat emas dengan lebih mesra pengguna. Saya nak kongsi panduan beberapa langkah mudah untuk mereka yang pertama kali dan pelanggan Public Gold mengunakan portal yang sudah berubah.

Layari laman Public Gold di www.publicgold.com

#1 Login akaun Public Gold

– Masukkan nombor PG code

– Masukkan kata laluan

Nota untuk pelanggan baru.

Pembelian kali pertama belum ada no PG code dan kata laluan perlu berdaftar dahulu.

Pendaftaran di Public Gold adalah PERCUMA. Klik untuk Daftar akaun Public Gold.

Kemudian baru boleh login mengunakan akaun sementara untuk pembelian kali pertama

#2 Proses pembelian

– Klik Order

– Klik ikon Purchase Order

#3 Pilih produk emas
– carian pantas boleh susun produk emas mengikut kategori atau mengunakan butang Search

– pilih produk emas yang ingin dipilih masuk ke dalam Cart dengan klik butang Add to Cart

#4 Buat semakan produk sebelum ke proses pembayaran

– klik ikon CART

– tertera produk emas yang dipilih bersama kuantiti dan boleh edit.

– klik Proceed to Next Page

#5 Pilih maklumat pembelian

– Pilih Public Gold

– Pilih cawangan Public Gold yang ingin diambil emas

– Pilih jenis pembayaran samada Full Payment atau Easy Payment Purchase.

– Pilih Myself untuk emas diambil oleh diri sendiri

– Klik setuju dengan terma-terma pembelian emas Public Gold

– Klik Confirm and Proceed to Purchase untuk pembayaran,

 

– Sistem akan beri notifikasi SUCCESS menandakan order anda telah disahkan.

– Klik to Continue to Payment Page untuk proses pembayaran

Nota:

Satu email akan dihantar kepada anda mengandungi nombor Proforma Inbois maklumat pembelian emas dan no akaun bank Public Gold untuk tujuan pembayaran.

– Anda perlu login secara manual online banking anda atau buat pembayaran di mesin deposit tunai

– Klik Proceed untuk upload resit bukti pembayaran ke dalam sistem

Nota:

Pembayaran melalui deposit anda perlu login semula untuk upload resit pembayaran tersebut ke dalam akaun anda dan pilih My Order untuk upload resit bukti pembayaran.

– Upload resit bukti pembayaran ke dalam sistem

– klik Upload File

Nota penting pengambilan stok emas:

Buat reservation dengan cawangan Public Gold untuk mengambil emas sekurang-kurang 3 hari sebelum ambil stok.

Beri maklumat no CSO supaya memudahkan pihak Public Gold menguruskan penyerahan emas nanti.

Pihak Public Gold hanya akan menyerahkan emas setelah pelanggan menyerahkan salinan asal slip pembayaran(contoh pembayaran melalui Cash Deposit Machine(CDM) atau melalui kaunter bank).

Pastikan bawa slip pembayaran asal ke cawangan dan Proforma inbois bersama.

atau,

Boleh mohon Public Gold pos emas tersebut dengan mengunakan perkhidmatan Gold In Transit (GIT) yang dilindungi insuran.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (2)

  • dah lama xbukak akaun GAP..nmpk lg kemas..boleh la order emas dan amik kat branch terdekat je lepas ni..lagi senang..
    sebelum ni biasa call dulu tanya ada stok ke x baru pergi..hihi

    • Seeloknya tanya status stok dahulu kalau nak ambil emas fizikal. Senang kumpul dengan GAP banyak-banyak sebab harga pun murah.

Related Post
Leave a Comment