X

Semak harga emas Public Gold secara online

Public Gold telah menyediakan portal online 24/7 untuk semakan harga secara online. Pelanggan bila-bila masa boleh layari portal rasmi Public Gold untuk semakan harga terkini.

Ada tiga bahagian utama paparan harga iaitu:-

  1. Paparan harga Simpanan Emas dikenali Gold Accumulation Program(GAP).
  2. Paparan harga  emas semasa
  3. Paparan harga runcit

1. Paparan harga Simpanan Emas Gold Accumulation Program(GAP)

Bagi yang ingin buat simpanan emas tanpa perlu rasa bimbang untuk mencari tempat simpan boleh memilih simpanan emas GAP ini. Harga emas GAP ini berubah setiap jam 12 malam setiap hari. Ini bermakna harga GAP akan kekal untuk 12 jam seterusnya sebelum dikemas kini kepada harga baru.

2. Paparan harga emas semasa

Harga akan dikemas kini setiap 20 minit untuk emas 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram, 1kg, 1 dinar , 5 dinar dan 10 dinar. Pelanggan boleh kunci harga dalam tempoh tersebut.

3. Paparan harga runcit

Harga emas dipapar sebagai harga runcit.

Contoh paparan harga emas dipapar 24/7 boleh disemak di www.publicgold.com.my

 

Secara ringkas susunan rajah harga emas.

Harga emas simpanan emas GAP – 1

Harga emas semasa – 2 dan 3

Harga runcit – 4

Bila hendak buat pembelian dengan semak harga PG Sell iaitu harga emas yang dijual kepada pelanggan. Mana kala harga PG Buy adalah harga emas yang dibeli Public Gold ketika pelanggan ini menjual emas Public Gold milik mereka. Lebih kurang tukarang wang asing ada harga Sell dan harga Buy.

 

Ciri -ciri emas Public Gold perlu tahu.

+ Ketulenan emas 999.9

+ Simpanan emas GAP disokong emas fizikal

+ Setiap emas hadir bersama pensijilan LBMA

+ Tiada GST 6%

+ Mesra gadaian ArRahnu

+ Produk Patuh Syariah

 

Saya telah sediakan panduan nak dapatkan emas Public Gold boleh klik untuk baca jenis – jenis produk emas Public Gold.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (2)

Related Post
Leave a Comment