X

Apa yang best simpanan emas GAP?

Simpanan emas best sebab simpan sekali akan simpan selalu

Simpanan emas tentu ada yang tidak pernah dengar tetapi pernah dengar tak nasihat orang tua-tua dahulu supaya beli emas.

Pernah tak terfikir kenapa orang tua-tua suruh beli emas?

Jawapan ringkas emas mempunyai kemampuan menyimpan nilai dan mudah dicair ke dalam bentuk tunai bila diperlukan.

Kos sara hidup semakin meningkat.

Zaman sekarang, topik yang selalu disembang kedai kopi selain politik adalah kos sara hidup.

Tidak dinafikan kos sara hidup dirasai dengan kenaikan barang.

Kerajaan tidak selama-lamanya mampu menampung untuk beri subsidi.

Ini boleh nampak perlahan-lahan pengurangan jumlah subsidi oleh kerajaan.

Duit fiat semakin menyusut nilainya.

Mengambil nasihat tuan Azizi Ali Mentor Wang supaya menyimpan 10 peratus dari jumlah bersih didalam bentuk emas untuk kepelbagaian dan insuran.

Emas tidak pernah lapuk dan kekal relevan sepanjang zaman.

Walaupun zaman sekarang duit fiat adalah medium transaksi didalam kehidupan dan mudahnya duit bertukar tangan kepada pihak ketiga diatas talian.

Simpanan kurang adalah masalah kritikal.

Masalah tidak mempunyai simpanan adalah perkara yang ketara dikalangan rakyat Malaysia menurut kajian dari pihak KWSP melaporkan hanya 22 peratus pencarum KWSP yang mempunyai simpanan RM196,800 atau lebih ketika berumur 54 tahun.

Manakala penjawat awam pula mempunyai kadar isi simpanan rumah kurang 0.7 peratus.

Antara faktor menghalang menyimpan adalah jumlah hutang yang ditanggung.

Tabiat menyimpan tidak kira kedudukan kewangan.

Samada menambah pendapatan atau cuba menyusun pengurusan kewangan tetap tabiat menyimpan dengan tidak mengira kedudukan kewangan kita.

Kalau sedikit dapat simpan, perlu disimpan dan jika mempunyai lebihan juga perlu disimpan.

Tidak semua manusia dilahirkan dengan limpah kemewahan dan dengan tabiat menyimpan adalah sesuatu yang wajib dilakukan.

Jangan tunggu bila ada duit, naik gaji, bonus dan sebagainya alasan menangguh simpanan.

Sampai bila tidak mempunyai simpanan untuk mencapai impian.

Orang terkaya didunia Warren Buffet menyarankan supaya simpan dahulu dan ada baki barulah berbelanja.

Menyimpan emas ibarat menyimpan duit dibawah bantal.

Masyarakat Turki dikatakan antara rakyat penyimpan tegar simpan emas berbanding simpanan dibank.

Sudah menjadi budaya masyarakat Turki dan emas tidak boleh dipisahkan. Manakala dikalangan orang Melayu, barang kemas sering dikaitkan dengan wanita.

Nak simpan emas biarlah emas yang mendapat status Investment Previous Metal(IPM) atau Pelaburan Logam Berharga.

Barang kemas emas biarlah ia menjadi aksesori dan barang perhiasan. Emas pelaburan ketulenan 99.5% ke atas sesuai untuk dijadikan simpanan.

Mengapa perlu simpan emas?

1. Emas tidak kurang segram walau harga emas yang berubah

Menyimpan emas menanam tabiat menyimpan.

Kalau dahulu sukarnya nak simpan duit tetapi dengan simpan emas secara tak langsung jumlah simpanan meningkat kerana jumlah gram bertambah kerana tabiat menyimpan.

Walaupun emas ini tidak ada pulangan setiap bulan tetapi ia tidak berkurangan sedikit jumlah gram walaupun harga emas berubah setiap hari.

2. Emas mudah untuk dapat pinjaman dengan pajak di ArRahnu

Peniaga-peniaga di pasar Siti Khadijah di Kota Baru mengunakan emas sebagai suntikan modal.

Peniaga-peniaga wanita disana memakai banyak barang kemas emas.

Mereka akan pajak emas untuk mendapatkan pinjaman.

Bila mendapat keuntungan mereka akan tebus emas dan membeli emas.

Emas adalah aset fizikal yang boleh dipajak di ArRahnu untuk mendapat pinjaman.

Tempoh pinjaman 6 bulan dan boleh ditambah untuk tempoh 6 bulan.

Bila didalam keadaan memerlukan duit tunai dengan segera boleh pajak emas berbanding membuat pinjaman perlu proses dokumentasi yang rumit.

Duit diperolehi dari hasil pajak adalah pinjaman perlu bayar semula bersama duit upah simpan.

Pastikan tahu tempoh pajak dan sumber untuk tebus semula.

3. Walau tak kaya tetapi tidak miskin

Simpan emas walaupun tak banyak tidak menjadikan kita miskin.

Simpan emas tidak semestinya menandakan seseorang itu kaya.

Yang pasti orang yang simpan emas itu mempunyai aset fizikal simpanan emas yang banyak.

Bila gram emas bertambah secara tidak langsung simpanan emas juga bertambah.

Bila sudah mula simpan emas agak berat hati nak lepaskan kerana bila dah lihat gram semakin bertambah makin sayang.

4. Zakat emas menyucikan harta dan membantu ekonomi ummah

Simpan emas tidak perlu bayar cukai tetapi wajib bayar zakat emas bila cukup 85 gram bersamaan 20 dinar dan cukup haul setahun perlu mengeluarkan zakat dengan kadar zakat emas sebanyak 2.5 peratus.

Zakat membersihkan jiwa dan menyucikan harta.

5. Kekayaan didalam kawalan ditangan sendiri

Mungkin bagi sesetengah orang lebih rasa tenang dan selesa mempunyai simpanan yang banyak didalam bank. Rakyat Turki simpan emas ibarat simpan duit dibawah batal.

Dipercayai rakyat Turki memiliki lebih 5000 tan emas dan merupakan pembeli emas terbesar ketiga didunia selepas negara China dan India.

Pelarian Vietnam dikenali boat people

Masih ingat kancah Peperangan Vietnam?

Pelarian Vietnam melarikan diri menyelamatkan diri dari kancah peperangan yang melibatkan Amerika dan Vietnam.

Pelarian Vietnam ini membawa bersama mereka kepingan emas yang dikenali Kim Thanh diselit  didalam lipatan baju.

Emas boleh diterima dimana-mana didunia dan emas boleh tukar kepada tunai untuk digunakan bagi memulakan kehidupan ditempat baru.

 

emas Kim Thanh

Sekarang sudah tahu kenapa perlu memiliki sebagai kepelbagaian simpanan sedia ada.

Persoalan bagaimana hendak mula dan dimana nak mula simpanan emas?

Simpanan emas Gold Accumulation Program boleh membeli emas diatas talian.

Simpanan emas Gold Accumulation Program(GAP) adalah cara pembelian emas secara terkumpul diatas talian yang ditawarkan oleh Public Gold.

Public Gold adalah syarikat tempatan yang menawarkan jual beli emas yang beribu pejabat di Pulau Pinang telah beroperasi sejak tahun 2008.

Akaun simpanan GAP dan SAP mendapat pensijilan Patuh Syariah

Belian emas tanpa perlu ke cawangan hanya beli melalui diatas talian dan boleh buat pengeluaran simpanan emas di cawangan.

Ciri-ciri simpanan emas terkumpul GAP

  • Boleh membeli emas bermula RM100 atau 1 gram
  • Tiada komitmen bulanan
  • Tiada kos simpanan dan yuran
  • Simpanan disokong emas fizikal
  • Emas boleh dikeluarkan dicawangan Public Gold
  • Caj premium dikenakan semada pengeluaran emas dicawangan.

Jom mula simpanan emas dengan GAP sekarang.


[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP

 

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment