1 dinar emas LBMA 4.25gram Public Gold
Beli emas fizikal Public Gold secara ansuran dengan Easy Payment Purchase (EPP).
Kali saya nak kongsi panduan bagaimana nak kunci harga emas yang dijual pada harga emas semasa.
Harga emas fizikal Public Gold mengunakan rujukan Kitco. Easy Payment Purchase(EPP) ini memberikan kemudahan untuk memiliki emas dengan belian besar secara bayaran ansuran.
Easy Payment Purchase Patuh Syariah.
Syarat belian emas fizikal secara ansuran Easy Payment Purchase(EPP) sah untuk belian berjumlah RM500 dan ke atas.
Untuk pengetahuan Easy Payment Purchase(EPP) ini mendapat Patuh Syariah dan oleh itu tidak perlu ragu-ragu nak beli emas fizikal secara ansuran dengan EPP.
Beli emas ikut kemampuan atau beli emas secara ansuran. Mana satu pilihan?
Easy Payment Purchase(EPP) ini dihadkan 4 bulan ansuran pembayaran sahaja.
Ada sesetengah berpendapat nak beli emas biarlah bergantung kepada bajet dan kemampuan.
Saya pula melihat dari sudut lain.
Walaupun tidak mempunyai bajet untuk belian besar tetapi saya boleh membeli emas dengan berat gram idaman saya dengan kemudahan Public Gold sediakan untuk pelangggan dengan mudah buat pembelian.
Ringkasan Easy Payment Purchase(EPP)
+ Belian RM500 dan ke atas sahaja layak untuk kaedah EPP.
+ Caj Admin sebanyak RM1/gm dari jumlah keseluruhan pembelian (minimum RM5). Caj ini sekali sahaja dikenakan.
+ Harga emas dikunci ketika pembelian dan kekal bayar selama 4 bulan tanpa dipengaruhi harga emas semasa naik atau turun dalam tempoh ansuran.
+ Pelanggan boleh ambil emas dicawangan selepas semua pembayaran langsai.
Sebagai contoh saya nak beli 1 Dinar emas Public Gold berharga RM800 sekeping.
Saya mempunyai peruntukan bajet RM200 untuk beli emas setiap bulan.
Saya boleh memilih membeli emas berharga 1 gram sebulan dengan Gold Accumulation Program mengunakan duit RM200 tersebut atau dengan cara ansuran EPP jika dibahagikan bayaran didalam linkungan bajet diperuntukkan setiap bulan.
Keuntungannya kepada saya boleh membeli emas didalam lingkungan bajet yang sama setiap bulan dengan cara ansuran EPP tidak dipengaruhi perubaha harga emas semasa dalam tempoh ansuran.
Contoh pengiraan kasar belian harga 1 dinar emas:
Harga 1 dinar RM800 sekeping dengan bayaran ansuran Easy Payment Purchase(EPP) x 4 bulan.
RM200 sebulan x 4 bulan = 1 dinar emas RM800(tidak termasuk kos pengurusan)
Selain itu jika ada trend harga emas menaik saya sudah kunci harga semasa pembelian jadi saya masih lagi menikmati harga yang dikunci tanpa dipengaruhi kenaikan trend harga emas semasa menaik.
Saya masih membayar secara ansuran mengikut harga emas semasa yang telah dikunci.
Sebagai pembeli dan penyimpan emas anda perlu bijak menghidu peluang untuk mendapatkah harga emas yang berbaloi dengan cara pembelian Easy Payment Purchase(EPP).
Bijak memilih cara pembelian samada mengikut cita rasa sendiri:-
- Outright Purchase
- Gold Accumulation Program
Setiap satu cara pembelian emas mengikut fleksible pembeli emas nak pilih yang mana satu terbaik bagi mereka.
Public Gold tidak menawarkan jaminan bayaran dividen, tempoh matang dan keuntungan bulanan kerana ia adalah salah dari segi undang-undang.
Sebaliknya menawarkan belian emas fizikal yang semua orang mampu milik serendah RM100 atau 1 gram emas.
Panduan belian emas fizikal secara Easy Paymen Purchase(EPP)
3# Pilih daripada 18 cawangan Public Gold terdekat untuk mengambil emas.
4# Boleh tapis produk atau melalui carian Search. Masukkan jumlah emas yang ingin dibeli.
5# Tick Myself untuk mengambil sendiri emas di cawangan dan pilih Easy Paymeny Purchase(EPP).
6# Semak semua maklumat pembelian dan pembeli adalah betul. Kemudian klik Submit Order untuk mengesahkan pembelian emas.
7# Public Gold akan menghantar email pengesahan Customer Sales Order(CSO) ke email inbox pelanggan.
8# Pembayaran ansuran pertama perlu dibuat didalam masa 24jam selepas menerima pengesahan pesanan dari pihak Public Gold.
Kemudian baki 3 bulan ansuran mengikut tarikh yang ditetapkan sehingga pembayaran penuh langsai.
Contoh pembelian 1 dinar Public Gold secara Easy Payment Purchase(EPP)
Akaun pembayaran Public Gold;
Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.
Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
No Akaun. : 5071-3410-4563
No Swift. : MBBEMYKL
Kemudian fak bukti slip pembayaran ke +604-6464916, atau payment@publicgold.com.my didalam masa 24 jam.
Nota penting pengambilan stok emas:
Buat reservation dengan cawangan Public Gold untuk mengambil emas sekurang-kurang 3 hari sebelum ambil stok.
Beri maklumat no CSO supaya memudahkan pihak Public Gold menguruskan penyerahan emas nanti.
Pihak Public Gold hanya akan menyerahkan emas setelah pelanggan menyerahkan salinan asal slip pembayaran(contoh pembayaran melalui Cash Deposit Machine(CDM) atau melalui kaunter bank).
Pastikan bawa slip pembayaran asal ke cawangan dan Proforma inbois bersama.
atau,
Boleh mohon Public Gold pos emas tersebut dengan mengunakan perkhidmatan Gold In Transit (GIT) yang dilindungi insuran.
Leave a Comment