Simpanan emas bantu tingkatkan tabung simpanan.
Mari kita renungkan sejenak. Sudahkah tabung simpanan kita meningkat sejak mula kita bekerja atau kita masih belum ada lagi tabung simpanan sehingga hari ini atau tabung kita semakin suram?
Bagaimana simpanan emas adalah cara mudah tingkatkan tabung simpanan kita? Adakah anda ingin tahu bagaimana caranya
Sudahlah teruk-teruk bekerja tentu kita menginginkan imbuhan setimpal dengan kerja keras, korban masa dan tenaga untuk sesuap nasi.
Paling mengecewakan simpanan yang diidamkan tidak pernah bertambah walaupun konsisten setiap bulan tidak pernah putus mengisi simpanan.
Ada beberapa punca simpanan tidak bertambah. Antara yang dikenalpasti adalah:-
+ Tidak mempunyai matlamat membina simpanan dengan sekadar untuk simpan
+ Hilang tumpuan simpanan apabila mudah tergoda dengan boros berbelanja perkara yang tidak diperlukan.
+ Gagal mengurus kewangan dengan baik. Tidak merancang perbelanjaan
+ Cash Flow negatif @ Aliran tunai negatif. Perbelanjaan duit keluar lebih besar daripada duit masuk
Aliran tunai negatif = Duit keluar > Duit masuk
Aliran tunai positif = Duit masuk > Duit keluar
Nak menjayakan simpanan supaya semakin bertambah adalah penting menetapkan matlamat penyimpanan. Matlamat penyimpanan boleh dibahagikan kepada dua iaitu simpanan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Tabung simpanan boleh dibahagikan beberapa bahagian mengikut matlamat dan jangka masa penyimpanan.
1. Simpanan jangka pendek yang bermatlamat adalah simpanan yang tempoh masa untuk tabung capai target tidak panjang.
Simpanan ini mungkin diguna habis dan perlu diulang semula simpanan untuk ulangan kegunaan dimasa hadapan.
Beberapa contoh matlamat jangka masa pendek yang mempunyai matlamat:-
+ Duit cukai jalan dan insuran
+ Duit perbelanjaan persekolahan anak-anak
+ Duit zakat
+ Duit infaq
+ Duit liburan
+ Duit percutian
2. Simpanan jangka panjang yang bermatlamat adalah simpanan sejumlah besar dan mengambil masa untuk simpanan tersebut capai target simpanan.
Beberapa contoh matlamat jangka masa panjang yang mempunyai matlamat:-
+ Kos pengajian anak-anak
+ Kos mengerjakan Umrah/ Haji
+ Kos deposit rumah
+ Kos perkahwinan
Kenapa perlu menetapkan matlamat simpanan?
Menetapkan matlamat simpanan adalah penting supaya kita fokus dan berazam untuk capai target simpanan.
Bila matlamat jelas kita tidak mudah terganggu dengan gangguan luar yang mengubah hala tuju simpanan.
Bila sudah menetapkan matlamat lebih mudah untuk menetapkan tindakan berapa simpanan perlu diasingkan daripada hasil pendapatan untuk tabung simpanan.
Cari simpanan yang tidak mudah untuk dibocorkan.
Simpan emas dapat elak kebocoran wang
Kebanyakkan simpanan yang sedia ada mudah untuk simpan dan mudah untuk dikeluarkan.
Sebagai contoh simpanan bank yang mempunyai fasiliti kad atm dan perbankan online menjadikan duit simpanan tersebut berpindah tangan.
Kita selalu berkata pada diri sendiri mampu mengawal diri untuk tidak terusik simpanan tetapi akhirnya mungkir janji untuk keluarkan simpanan tersebut sedikit demi sedikit.
Simpanan emas mudah untuk tingkatkan tabung simpanan.
Selagi duit dalam bentuk tunai ia mudah untuk dibelanjakan.
Cara nak elak duit tersebut terbelanja adalah tukar duit tersebut ke dalam bentuk aset fizikal seperti emas.
Apa bila duit ditukarkan kepada emas agak leceh untuk dibelanjakan kerana perlu menukarkan emas tersebut kepada tunai semula.
Emas juga boleh dianggap pelaburan jangka masa panjang. Harga sepuluh tahun dahulu dan sepuluh akan tahun datang berbeza.
Hari ini kita tidak lagi boleh beli 1 gram yang berharga sekitar RM40 kira-kira sepuluh tahun yang lalu.
Harga hari ini juga kita tidak dapat beli emas pada sepuluh akan datang.
Graf rekod harga spot gold – sumber GoldPrice.org
Petua nak kekal simpan emas adalah memegang emas sebenar.
Aura emas ini lain macam apabila kita merasai berat dan kilauan warna emas membuat hati terus jatuh cinta untuk tambah banyak-banyak.
Kalau sekadar bayang emas tidak akan menzahirkan apa-apa. Percayalah.
Macam mana nak mula simpanan emas?
Bila bercakap mengenai emas akan terbayang barang kemas dan ada kaitan dengan wanita.
Emas untuk simpanan dan pelaburan disyorkan simpan emas yang mempunyai ciri kriteria IPM @ Investment Precious Metal seperti jongkong emas yang berstatus logam berharga.
Barang kemas perhiasan tidak sesuai untuk dijadikan simpanan kerana spread @ susut nilai tinggi selain mempunyai kadar upah.
Jongkong adalah pelaburan yang menguntungkan untuk dijadikan simpanan.
Ramai yang sangka untuk menyimpan emas memerlukan kos yang besar.
Sebenarnya tidak.
Emas boleh dimiliki serendah 0.5 gram atau 1 gram pada harga dibawah RM250 segram untuk emas yang dikeluarkan oleh Public Gold.
Simpanan emas Gold Accumulation Program @ GAP adalah permulaan baik untuk simpanan emas.
Simpanan emas Gold Accumulation Program adalah simpanan berbentuk akaun simpanan emas disokong 100% peratus emas fizikal.
Kuwait Finance House menawarkan simpanan emas yang disokong emas fizikal selain Public Gold.
Simpanan emas GAP disokong 100% emas fizikal
Simpanan Gold Accumulation Program atau diringkaskan GAP adalah simpanan emas terkumpul boleh dikeluarkan dengan emas fizikal.
Simpanan GAP ini tidak ada pulangan dividen seperti simpanan bank yang mana pendeposit akan mendapatkan keuntungan dividen setelah diumumkan pada akhir tahun.
Cara nak tambah simpanan emas GAP ini mudah adalah dengan dengan merujuk harga semasa yang dipamerkan 24 jam 7 hari seminggu dilaman rasmi Public Gold.
Belian emas adalah secara online sama membuat pembayaran ke akaun Public Gold yang boleh dipilih samada akaun Maybank atau Public Gold.
Syarat pembelian emas GAP
+ Pembelian emas adalah merujuk harga emas Public Gold
+ Harga emas GAP dikemaskini setiap jam 12 malam.
+ minima 1 gram emas perlu ditinggalkan ke dalam akaun untuk akaun GAP ini kekal aktif.
+ caj premium emas mengikut berat emas dikenakan semasa mengambil emas.
Ciri-ciri emas simpanan GAP
+ Tiada yuran tahunan dan yuran keahlian. Hanya perlu beli emas
+ Tiada caj GST 6%
+ Disokong 100% emas fizikal
+ Ketulenan emas 999.9% dan mempunyai pensijilan LBMA
+ Zero kos penyimpanan emas.
+ Boleh tambah emas bila-bila masa kerana pembelian emas adalah secara online.
+ Akaun bersama untuk simpanan emas untuk anak-anak berumur 18 tahun.
+ Mesra gadaian Ar Rahnu.
+ Boleh keluarkan emas fizikal serendah 1g dimana-mana 18 cawangan Public Gold diseluruh negara termasuk Public Gold cawangan Singapura dan Indonesia.
+ Emas Public Gold boleh dikeluarkan di cawangan Ar Rahnu POS Malaysia lebih 75 cawangan Ar Rahnu diseluruh Malaysia.
Pengambilan emas Public di cawangan POS ArRahnu
Pensijilan Patuh Syariah Gold Accumulation Program dan Silver Accumulation Program.
Simpanan emas GAP adalah platform simpanan emas 100% disokong emas fizikal dapat membantu orang ramai diluar sana untuk menyimpan emas seperti simpan duit di bank dengan mudah.
Kelebihan semak harga emas Public Gold yang telus dan pembelian emas diatas talian memudahkan simpanan dilakukan.
Akaun GAP ini dilindungi insuran untuk melindungi akaun milik pelanggan.
Penafian:
Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.
Leave a Comment