X

Simpan emas 1 gram 1 bulan untuk mencapai matlamat

Simpanan 1 gram emas 1 bulan.

Pernah tak kita bertanya pada diri sendiri?

Berapa lama dah aku dah bekerja dan berapa banyak simpanan berjaya aku kumpul sejak aku menerima gaji pertama?

Tahniah kepada yang bagi jawapan sudah pun membina tabung simpanan dan mempunyai kesedaran untuk mempunyai simpanan.

Boleh saya tanya soalan tambahan lagi?

Berapa target simpanan?

Apakah matlamat menyimpan?

Kenapa saya perlu tanya soalan-soalan tersebut?

Ada sesetengan orang terikut-ikut orang lain untuk menyimpan tetapi tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Ibarat berjalan meraba-raba didalam gelap.

Orang lain menyimpan dia juga nak ikut menyimpan. Biasanya tidak tahan godaan bila melihat simpanan dah mula banyak sikit atau simpan sekadar ‘Hangat-hangat tahi Ayam’.

Lebih banyak korek duit simpanan dari simpanan membukit. Semakin ditarah hingga tinggal tidak berbaki.

Pasang matlamat jangka masa panjang untuk menyimpan.

Pasang matlamat menyimpan dengan jelas supaya jelas tujuan kita menyimpan.

Contohnya menyimpan nak pergi mengerjakan ibadah Umrah dengan mengumpul sebanyak RM7,000 untuk kos mengerjakan Umrah.

Ia merupakan simpanan jangka masa panjang dan untuk tujuan tersebut, kita tidak mempunyai perancangan untuk mengunakan duit tersebut selagi simpanan tidak mencapai target.

Simpanan ibarat kita menanam benih pokok. Bila pokok mula bercambah perlu disiram air yang cukup, dibaja, tanah selalu digemburkan dan bersih dari lalang.

Barulah pokok dapat tumbuh dengan baik dan tiba masa akan berbuah.

Apa kena mengena dengan kempen simpanan emas 1 gram 1 bulan?

Menyimpan dengan emas juga boleh dikira menyimpan juga cuma duit ditukar dengan membeli emas.

Sekarang ini 1 gram 1 bulan nampak macam jumlah tidak lah besar.

Tahu tak tak berapa harga emas per gram?

Harga emas per gram setakat posting ini ditulis (19hb Feb 2018) adalah RM186 untuk 1 gram emas yang dijual oleh Public Gold dengan belian GAP.

harga emas Public Gold

Simpan dan lupakan.

Duit yang peruntukan untuk simpanan boleh ditukarkan kepada berat gram emas.

Berbanding kita simpan didalam angka.

Manusia ini mempunyai satu sifat bila melihat angka banyak-banyak didalam akaun bank, dia akan rasa teruja dan jadi panjang akal.

Mulalah gatal tangan nak berbelanja dan sekarang ini mudah duit berpindah tangan dengan pemindahan duit diatas talian mengunakan Online Banking.

Sekelip mata duit yang disimpan akan surut dan berjanji nak ganti balik.

“Forgotten Saving”

Tukar duit kepada gram emas. Kita hanya perlu fokus 1 gram 1 bulan.

Adalah lebih baik mempunyai matlamat sebagai contoh nak kumpul 10 dinar emas untuk mengejarkan Umrah.

Sekeping 10 dinar emas adalah seberat 42.5g dan ia adalah standard yang digunakan di antarabangsa bagi berat 10 dinar.

42.5g lebih kurang kita simpan emas 1 gram setiap bulan didalam tempoh masa 43 bulan atau bersamaan 3 tahun 7 bulan.

Bila capai target mungkin lebih awal atau ikut bulan yang dijadualkan sudah boleh guna emas yang selama dikumpul untuk kos mengerjakan Umrah.

Simpan emas dengan GAP

Bagi yang mempunya anak boleh simpan emas 1 gram 1 bulan sehingga usia anak mencapai 18 tahun.

Sebanyak 216 geram emas akan terkumpul sehingga anak mencapai usia 18 tahun.

Harga emas pada ketika umur anak 18 tahun tentu berbeza dengan sekarang.

Ada emas didalam tangan boleh dijual untuk mendapatkan duit belanja anak melanjut pengajian.

“Simpan Emas Elak Wang Bocor”

Dah nampakkan, bila mempunyai matlamat yang jelas dan simpan emas kita tidak terikat dengan angka yang banyak-banyak membuatkan kita seronok untuk berbelanja.

Simpan emas dapat elak duit bocor.

Simpanan emas 1 gram 1 bulan tidak membebankan.

Kita tahu 1 gram emas sekitar dibawah RM200. Nampak jumlah RM200 itu besar dan mustahil nak kumpul duit sebanyak itu kan?

Saya dah sediakan panduan jadual simpan duit untuk mengumpul RM200 didalam masa sebulan.

Ia bukan mustahil selagi kita mempunyai kemahuan dan berdisplin mengikut jadual cara kumpul duit.

Persoalan sekarang macam nak beli emas dengan selamat dari sumber dipercayai?

Ini ada kebimbangan biasa berlaku kepada pembeli kali pertama.

Lebih-lebih lagi belian diatas talian atau tersalah masuk skim scam.

Perkara yang patut berlaku adalah ‘Beli emas dapat emas’.

Kita buat pembayaran kepada penjual emas dan terus penjual emas diserahkan emas yang dibeli kepada tangan kita.

“Pelaburan pertama perlaburan ilmu”

Cara nak elak terkena adalah melaburkan diri dengan ilmu dahulu.

Menurut kata Tuan Azizi Ali Mentor Wang,” Pelaburan pertama adalah pelaburan ilmu.

Bila ada ilmu lebih mudah untuk kita buat penilaian dan tindakan.

Kita lebih bersedia ibarat atlet lumba lari akan buat senaman memanaskan badan terlebih dahulu sebelum mula berlari.

Apabila buat senaman memanaskan badan membuatkan otot-otot lebih bersedia tidak terkejut tiba-tiba berlari yang boleh menyebabkan kecederaan.

5 panduan yang perlu tahu sebelum membeli emas:-

  1. Harga murah
  2. Cawangan banyak
  3. Stok tidak terhad
  4. Spread nipis
  5. Tidak cerewet jual balik.

[PENTING] 5 panduan sebelum beli emas dengan merujuk posting terdahulu 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan diterang panjang lebar dan ilmu paling asas.

Emas boleh dibeli secara online dan dapat emas.

Ya, emas boleh dibeli secara online dengan selamat dan boleh dapat emas.

Public Gold adalah syarikat emas tempatan beroperasi di Pulau Pinang menawarkan emas dan perak mampu milik sejak 10 tahun yang lalu.

Urusan membeli emas dengan Public adalah diatas talian sepenunnya dan emas boleh ambil di 14 cawangan yang ada setiap negeri termasuk di cawangan Singapura dan Indonesia.

Emas yang dibeli secara online boleh ambil dicawangan POS ArRahnu diseluruh Malaysia.

Produk emas dan perak Public Gold mempunyai Sijil Patuh Syariah dari Amanie Adivisors Sdn Bhd

Senarai info yang perlu tahu mengenai emas Public Gold.

Cepat ambil tindakan cepat akan mendapat hasilnya. Masa sentiasa mencemburui kita.

Bila dah mengenal platfrom yang ada kredibiliti seperti Public Gold tidak perlu rasa sangsi dan was-was untuk mula menyimpan emas untuk merealisasikan impian dan matlamat menyimpan.

Guru pelaburan selalu berkongsi nasihat supaya tidak meletakkan semua telur di dalam satu bakul. Secara tidak langsung dapat minima akan risiko setiap pelaburan.

 

 

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (15)

  • Menarik idea ni. InsyaAllah, masa bekerja nanti saya akan cuba beli emas mengikut cara ni.

    Cuma nak tanya, ada kos beli, kos jual, kos simpan tak? Macam dalam artikel, 1 gram = RM186. Setiap kali beli, keluarkan duit RM186 saja atau ada kos-kos lain macam pelaburan lain ada brokerage fee, sales charge, annual management fee?

    • Public ada mengenakan caj premium untuk Outright Purchase dan Easy Payment Purchase (EPP) dikira sekali semasa membeli.

      Kedua Outright Purchase dan EPP ini mempunyai pensijilan Patuh Syariah.

      Manakala simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) yang mana caj premium dikena semasa keluarkan emas sahaja dan dibayar dicawangan.

      Belian dengan GAP ini boleh bermula dengan RM100 atau per gram tanpa had limit.

      GAP ini produk Patuh Syariah mendapat pensijilan dari panel Patuh Syariah Amanie Advisors.

      Tiada kos simpanan dikenakan untuk simpan emas dengan GAP. Tiada caj brokerage fee, sales charge, annual management fee.

      Emas bukan seperti pelaburan saham dan unit amanah.

      Emas Public Gold:-
      - Tiada Yuran Keahlian
      - Beli emas dapat PERCUMA keahlian
      - Tiada GST 6%
      - Produk Patuh Syariah,

      • Terima kasih tuan. Bila baca komen tuan kemudian study sikit-sikit dari situ, baru lebih jelas tentang pelaburan emas. Sebelum ni nak tengok harga emas pun saya pening sebab ada banyak beza-beza harga emas, ada banyak jargon-jargon baru seperti GAP, dinar, gold bar, wafer, LBMA.

        InsyaAllah, dimasa kelapangan, saya akan study lebih sikit tentang pelaburan emas sambil-sambil belajar saham. Saya perlu study juga tentang emas ni sebab saya diajak sertai kripto dinar dirham (yang menggabungkan kripto dengan emas) oleh orang yang terdekat yang dikenal. Terlalu banyak keraguan tentang skim tersebut yang saya rasa tetapi saya tiada hujah kukuh untuk menolak sebab kurang ilmu tentang kripto dan emas.

        • Tak apa pelan-pelan cari ilmu tentang emas. Saya permudahkan tukar duit kepada emas untuk simpanan.

          Sebaik-baiknya duit lebihan yang tidak digunakan masa terdekat untuk simpan didalam bentuk emas.

          Perlu faham emas ini bersifat pelaburan jangka masa panjang.

          Harga berubah setiap hari. Nak untung dan make it profit dengan jual emas yang dibeli bila harga lebih tinggi semasa beli.

          Ada yang beli emas pada tahun 2011 masih lagi rugi kerana harga tidak melepasi harga beli tetapi ia boleh kurang kerugiaan dengan terus membeli emas.

          Buat averaging daripada jumlah pembelian. Insyallah akan kurang kerugiaan tersebut

          • Nampaknya ada beberapa teknik untuk pelaburan saham juga boleh diaplikasikan dalam pelaburan emas. Saham juga ada Dollar Cost Averaging (DCA) agar harga saham tidak perlu naik tinggi untuk break even.

Related Post
Leave a Comment