X

Pelaburan emas Patuh Syariah dengan Public Gold

Melabur pelaburan emas Patuh Syariah lebih selamat.

Ramai yang fobia dan ragu-ragu bila sebut pelaburan emas kerana selalu dikaitkan dengan skim cepat kaya.

Bagaimana kalau pelaburan emas Patuh Syariah itu sebenarnya wujud?

Adakah ia memberi keyakinan untuk membuat pelaburan emas dengan rasa selamat dan tanpa perasaan was-was?

Perbetulkan pemahaman maksud pelaburan didalam emas.

Bila sebut pelaburan emas fizikal terbayang adalah dengan mengeluarkan dengan sejumlah wang dan dengan tunggu tempoh tertentu atau kata lain tempoh matang akan menerima pulangan keuntungan berganda-ganda.

Pelaburan didalam emas fizikal yang dimaksudkan adalah membeli emas dengan jumlah gram tertentu dan simpan untuk simpanan jangka masa panjang.

Pada masa tempoh simpanan, harga emas akan meningkat yang menguntungkan bagi pelabur emas jangka masa panjang.

Graf rekod harga spot gold – sumber GoldPrice.org

Bila emas hari ini belum tentu esok harga naik

Harga emas tidak naik mencanak didalam masa sehari atau beberapa bulan kerana harganya ada turun naik kerana ia adalah komoditi yang diniagakan.

Berbalik kepada asas ekonomi ada ‘demand dan supply’ atau kata lain ‘permintaan dan bekalan’.

Bila permintaan tinggi dan bekalan tidak cukup secara langsung harga naik dan begitu sebaliknya kalau bekalan banyak dipasaran maka harga akan turun.

Konsep ringkas mengenai ekonomi.

Contohnya bila nak dekat musim perayaan, biasanya harga barang keperluan seperti daging dan ayam lembu akan naik kerana permintaan tinggi di musim perayaan kerana bekalan terhad sehingga terpaksa diimport dari luar untuk menampung permintaan tempatan.

Pelaburan emas bertopengkan sistem Piramid.

Apa yang pernah dilaporkan didalam dada akhbar dan media adalah sangat menyedihkan apabila pendedahan skim pelaburan emas bertopengkan scam.

Puncanya kurang ilmu dan terpancing dengan pulangan berganda-ganda didalam masa yang singkat. Ramai pelabur yang tersungkur apabila sistem berlandaskan sistem Piramid tidak lagi dapat bertahan dan akhirnya mengheret mereka yang melabur.

Belum sempat balik modal, duit dah hangus.

Paling kesian bila ada yang buat pinjaman peribadi dengan jumlah ribuan ringgit dengan harapan inject modal besar dan dapat pulangan lebih besar.

Sebaliknya lain jadinya menanggung beban hutang pinjaman tersebut tak sempat nak berangan jadi Jutawan Emas.

Tuan Azizi Ali Mentor wang berpesan agar melabur ilmu untuk diri sendiri dahulu dengan menghadiri seminar dan membaca buku sebelum melibatkan diri dengan mana-mana pelaburan terlebih dahulu.

Bila berilmu kita lebih matang dan rasional nak buat keputusan untuk melibatkan diri di dalam pelaburan atau tidak.

Bila sudah banyak pendedahan skim pelaburan emas yang salah dengan erti kata lain pelaburan emas tidak Patuh Syariah, ramai yang diluar sana takut untuk melabur didalam emas.

Melabur emas sebenarnya selamat kerana sifat emas tersebut adalah penyimpan nilai dan dapat elak kebocoran wang.

Bagaimana jika saya dedahkan ada syarikat tempatan menawarkan emas fizikal dan perak Patuh Syariah pertama di Malaysia?

Tanpa selindung saya nak beritahu nama syarikat tempatan yang menawarkan pelaburan emas fizikal Patuh Syariah tersebut adalah Public Gold.

Public Gold hari ini adalah syarikat tempatan yang sudah berniaga emas dan perak diatas talian sejak sembilan tahun yang lalu.

Emas dan perak fizikal boleh dipesan secara online bila-bila masa dari sistem beroperasi 24 jam 7 hari seminggu yang memaparkan harga emas semasa.

Pelanggan boleh ambil emas di 18 cawangan Public Gold diseluruh negara termasuk cawangan Public Gold di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Sokongan cawangan lebih 70 cawangan ArRahnu Pos Malaysia untuk mengambil stok emas Public Gold.

Jalinan kerjasama diantara Public dan POS Malaysia mengeluarkan emas edisi POS Malaysia pertama di dunia.

18 cawangan Public Gold

Selain itu jalinan kerjasama diantara Public Gold dan ArRahnu Pos Malaysia memudahkan pelanggan yang jauh dari cawangan Public Gold boleh ambil emas di cawangan ArRahnu Pos Malaysia terdekat.

Ada lebih 70 cawangan ArRahnu Pos Malaysia diseluruh negara untuk pelanggan pilih mengambil stok emas Public Gold.

Pengambilan emas Public di cawangan POS ArRahnu

Buat masa ini belum ada lagi perkhidmatan penghantaran emas Public Gold melalui pengeposan tetapi Public Gold di Indonesia sudah mula menawarkan perkhidmatan pengeposan emas ke kepada pelanggan.

Insyallah kita tunggu khidmat pengeposan juga ditawarkan di Malaysia.

antara emas fizikal keluaran Public Gold

Ciri-ciri emas fizikal yang ditawarkan oleh Public Gold.

  • Emas bermula 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 1kg
  • Ketulenan emas 999.9%
  • Pensijilan LBMA
  • Tiada cukai GST 6%
  • Mesra gadaian ArRahnu

Sijil Patuh Syariah Public Gold

Majlis Penyerahan Sijil Patuh Syariah Public Gold oleh Amanie Advisors Sdn Bhd

Public Gold telah melantik Amanie Advisors Sdn Bhd sebagai panel syariah dan pada 16 Disember 2016 dan telah menerima pensijilan Patuh Syariah untuk

Bila ada sudah mendapat pensijilan Patuh Syariah tidak timbul rasa keraguan berurusan dengan Public Gold. Ini tidak bermakna Public Gold menipu pelanggan.

Ramai yang beranggapan beli emas dan dapat emas serta merta.

Prosidur membeli emas daripada Public Gold.

  1. Cara belian emas Public Gold adalah diatas talian dengan kunci harga setelah semak harga emas semasa di laman Public Gold
  2. Satu email dihantar mengandungi Inbois Proforma kepada email pelanggan untuk pengesahan pembelian emas.
  3. Pelanggan buat pembayaran dan menghubungi cawangan Public Gold yang mereka pilih untuk mengambil emas semasa pembelian emas bagi memaklumkan pengambilan stok.
  4. Dokumen yang diperlukan semasa mengambil emas adalah Inbois Proforma, Resit asal pembayaran dan MyKad.

Simpanan emas bermula RM100 atau 1g dengan Gold Accumulation Program.

Public Gold juga menawarkan simpanan emas secara terkumpul dinamakan sebagai Gold Accumulation Program(GAP) atau Program Akumulasi Emas yang mana pelanggan boleh beli secara kecil-kecilan didalam bentuk gram bermula RM100 atau 1g secara terkumpul bagi mereka yang mempunyai bajet kecil.

Simpanan GAP ini tidak dikenakan caj simpanan yang mana pelanggan tidak perlu bimbang keselamatan dan kos sewaan simpanan kotak deposit.

Apa perbezaan simpanan emas GAP ini dengan simpanan emas ditawarkan oleh bank?

Simpanan emas GAP ini disokong dengan 100% emas fizikal. Pelanggan boleh keluarkan emas didalam simpanan emas GAP kepada emas fizikal.

Masih tak jelas apa kebaikan simpanan emas?

Saya sediakan artikel mengenai 8 kebaikan simpan emas fizikal sebagai pelaburan yang perlu dimanfaatkan. Ingin ditekan disini setiap portfolio ada kelebihan dan kekurangannya .

Tidak ada simpanan yang sempurna jadi sebagai bakal pelabur tahu risiko dan tangani risiko.

Pening nak pilih produk emas fizikal? Saya juga telah sediakan artikel mengenai 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan.

Panduan ini boleh digunakan untuk memilih produk emas yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat diluar sana.

Satu lagi Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank walaupun nama hampir sama.

 

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (6)

  • Saya minat nak buat pelaburan emas ni tapi saya masih lagi student. Saya ada buat kerja separuh masa. Saya nak tanya kalau system GAP yang RM100/1g tu tiap2 minggu boleh labur ke?

    • Ya, boleh menyimpan setiap minggu kerana GAP ini bukan simpanan sebulan sekali. Kempen yang selalu canang simpan 1 gram setiap bulan bertujuan nak galak tabiat menyimpan yang masih lemah dikalangan kita.

      Bergantung kepada kesedaran untuk menyimpan. Simpan duit yang memang khas diperuntukkan untuk tabung simpanan jangka masa panjang. Macam adik sudah mempunyai kesedaran pada umur muda untuk menyimpan ada dipuji.

    • Tak sama walaupun nama hampir sama. Nama Public Gold membawa maksud "emas mampu milik semua" :)

Related Post
Leave a Comment