X

Panduan pengeluaran emas fizikal dari akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)

Panduan mengeluar emas fizikal dari akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).

Kelebihan simpan emas dengan Gold Accumulation Program (GAP) boleh bermula dengan RM100 atau ikut harga per gram. Emas yang disimpan didalam simpanan emas GAP ini boleh dikeluarkan emas fizikal bermula 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1kg, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar.

Contoh Jongkong emas dan dinar emas LBMA Au999.9 yang boleh dikeluarkan dari simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).

1g Au999.9 LBMA Classic
1g Au999.9 LBMA MY60 Merdeka limited edition
1g Baby
1g AU999.9 LBMA Birthday
1g wedding
1g Wedding
5g Au999.9 LBMA
10g
20g
50g
100g
250g
1kg
1 Dinar 4.25G
5 Dinar 21.25g
10 Dinar 42.5g

Set jongkong 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250, 1kg, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar emas LBMA Au999.9 Public Gold

Bagi sesetengah orang mempunyai keinginan nak simpan emas tetapi tidak mempunyai bajet yang besar. Apa bila simpanan emas GAP ini diperkenalkan ia dapat menunaikan hajat untuk simpan terkumpul dengan bajet rendah.

Sebagai contoh nak beli emas 5gram harganya sekitar RM1,100 mungkin tak mampu untuk dapat duit selonggok sebanyak itu didalam masa singkat. Jika ada pun duit bonus sebagai contohnya tentu sudah ada pelan lain untuk duit itu digunakan.

Berhajat nak dapatkan emas 5gram boleh dilakukan dengan simpan setiap bulan 1gram sebagai contohnya sehingga capai 5gram. Kemudian emas 5gram boleh dikeluarkan dari akaun simpanan emas GAP.

 

Jadual caj premium

Contoh pengiraan caj premium.

1. Pengeluaran 1g x 5 keping

*1 gram caj premium RM10 untuk sekeping

RM10  x 5 keping = RM50

 

2. Pengeluaran 5g x 1 keping

*5 gram caj premium RM10 untuk sekeping

RM10  x 1 keping = RM10

Panduan mengeluarkan emas fizikal dari akaun simpanan emas GAP.

  1. Hubungi cawangan yang dimana emas akan diambil untuk tanya stok dan buat reservation tarikh ambil.
  2. Pada hari nak ambil emas hanya perlu tunjukkan no MyKad untuk pengesahan oleh pihak cawangan Public Gold.
  3. Bayar caj premium mengikut  berat gram emas dan kuantiti
  4. Emas akan diserahkan kepada pelanggan.

 

atau

Boleh mohon Public Gold pos emas tersebut dengan mengunakan perkhidmatan Gold In Transit (GIT) yang dilindungi insuran.

 

Video panduan pengeluaran emas fizikal dari akaun simpanan emas GAP di cawangan Public Gold.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment