X

Panduan semak harga emas semasa malaysia

Dekat mana semak harga emas semasa dengan mudah? Dimana?

Soalan yang sering bermain didalam fikiran bila nak semak semasa harga emas semasa. Boleh sahaja Google untuk dapat semakan harga emas tetapi adakah ia harga yang terkini dan boleh dipercayai? Kenapa harga setiap satu yang dipaparkan tidak sama?

Rujukan semak harga emas semasa Spot Gold.

Ada beberapa website diluar negara boleh digunakan untuk semak harga emas. Contohnya:

  • Kitco
  • Gold Price

Kedua-dua website ini memaparkan harga emas Spot atau harga emas semasa adalah harga dagangan bagi emas yang belum dibentuk.

Perubahan harga secara live dan rekod-rekod pergerakkan harga emas terdahulu dari tahun 1833. Boleh lihat pergerakkan harga emas selepas mula naik selepas Richard Nixon Presiden Amerika ketika itu mula memutuskan sandaran diantara emas dengan matawang Dollar Amerika pada tahun 1971 yang dikenali ‘Nixon Shock‘.

Graf Spot Gold Kitco

Puncanya negara Amerika didalam defisit kerana terlibat didalam peperangan Vietnam yang telah menyebabkan perbelanjaan besar didalam kempen peperangan.

Graf Kitco paparkan harga emas per Troy Oz didalam urusniaga Dollar. Manakala Graf Gold Price boleh tukar unit yang lebih kita faham kerana negara kita mengunakan ukutan metrik. Pada graf Gold Price boleh pilih unit gram dan matawang Malaysia Ringgit.

Harga emas Spot Gold dari Gold Price

Bila kita lihat harga spot emas adalah murah tidak bermakna kita akan dapat harga tersebut kerana biasanya penjual akan jual emas yang sudah dibentuk wafer, jongkong, syiling atau dinar dengan dikenakan caj Premium oleh penjual kepada pembeli. Premium secara purata dikenakan diantara 5% hingga 15% dari harga spot adalah kos-kos pembuatan, penghantaran, margin keuntungan penjual dan sebagainya.

 

Semak harga emas terkini untuk Malaysia.

Kalau nak semak harga emas terkini Malaysia dengan layari laman Bank Negara Malaysia yang memaparkan harga syiling emas Kijang Emas mengikut harga pasaran semasa. Harga emas yang dipaparkan adalah didalam unit Oz Troy. Perlu buat penukaran ke unit Metrik SI untuk lebih mudah difahami.

Contoh penukaran unit Oz Troy ke gram:-

1 Oz Troy bersamaan 31.1gram

Harga semasa syiling Kijang Emas di laman Bank Negara Malaysia

Cara pengiraan penukaran Oz troy ke gram.

1 Oz Troy bersamaan 31.1 gram

1 Oz Troy syiling Kijang Emas adalah RM5,243

Harga 1 gram adalah:-

Harga 1 gram = RM5,243 / 31.1gram

= RM168.59 per gram

 

Antara penjual emas tempatan yang memaparkan harga semasa emas adalah Public Gold. Public Gold ini adalah syarikat jual emas dan perak tempatan diatas talian. Kita boleh semak harga emas Public Gold yang dipaparkan secara online.

Harga emas 999.9 Public Gold dipaparkan 24 jam

 

Langkah-langkah perlu diambil sebelum membeli emas.

Setiap penjual menawarkan harga jual emas yang berbeza. Harga murah biasanya akan pancing untuk orang diluar sana membeli tetapi ia bukannya satu-satunya tentu ukur sebelum membeli emas. Harga murah tidak semestinya mudah jual kerana ada penjual menetapkan syarat-syarat seperti tidak menerima kalau tercalar, bengkok, terbuka seal, hilang sijil atau resit dan sebagainya. Kalau terima akan tolak dengan Spread yang agak tinggi.

5 tips sebelum membeli emas:-

  1. Harga rendah
  2. Spread rendah
  3. Stok tiada had
  4. Cawangan banyak
  5. Syarat Jual Beli tidak cerewet.

Boleh guna 5 tips ini dengan buat senarai untuk jenama emas yang ingin dibeli. Nak tahu penjelasan 5 tips ini boleh layari post mengenai 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan. Ini adalah panduan umum sebelum mula membeli emas.

Ini tidak bermakna jika salah satu syarat tidak dipenuhi tidak boleh membeli emas sebagai satu contoh saya bagi syarat untuk jual kembali syiling Kijang Emas tidak boleh hilang sampul dan resit asal. Perlu disimpan dengan baik supaya tidak calar dan kemek. Jadi patuhilah syarat-syarat tersebut supaya tidak susah untuk jual kemudian hari.

Manakala emas Public Gold diterima samada calar, kemek dan bengkok. Public Gold akan beli emas keluaran mereka dengan seal terbuka tetapi ditolak Spread sebanyak 10%. Spread adalah perbezaan harga Jual dan harga Beli.

Semasa hendak membeli emas saya syorkan dapat memahami terma-terma jual beli yang dikenakan oleh Penjual supaya kita dapat ambil langkah yang sepatutnya.

Bank tempatan yang turut menjual produk emas dan boleh semak senarai harga yang ditawarkan.

  1. UOB Bank
  2. Maybank

 

 

[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP kali pertama.

 

 

 

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment