Mudah beli GAP dengan pembayaran FPX Payment.
Saya nak maklum ciri baru Public Gold perkenalkan adalah kemudahan pembayaran membeli emas GAP.
Kalau dahulu pemilik akaun Public Gold yang ingin menambah jumlah gram emas terpaksa secara manual membuat pembayaran samada secara online banking atau manual pembayaran di kaunter atau pembayaran di cash deposit machine.
Ciri pembayaran FPX Payment ini memudahkan pemilik akaun Public Gold membuat pembayaran dari mana-mana bank tempatan yang mempunyai perkhidmatan FPX Payment. Mudahkan.
Kalau tidak selepas pembayaran gambar resit bukti pembayaran perlu upload ke dalam sistem tetapi dengan kemudahan FPX Payment, proses pembelian penambahan gram GAP menjadi lebih mudah.
Saya nak tunjuk langkah-langkah pembayaran GAP dengan FPX Payment.
Layari laman rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my.
Kemudian lihat pada bawah harga GAP terkini ada ikon butang GAP BUY NOW. Kemudian klik butang Buy Now.
Login akaun dengan masukkan nombor PG Code pada Username dan Kata Laluan pada Password.
Masukkan jumlah yang ingin dibeli dan secara automatik jumlah gram akan dikira berpandukan jumlah pembelian. Kemudian klik butang submit.
Nanti ada ringkasan pembelian GAP dan boleh klik butang Click to Pay untuk langkah seterusnya untuk memilih bank tempatan untuk pembayaran.
Pilih dari senarai bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan pembayaran FPX Payment. Boleh masukkan email untuk mendapatkan status transaksi.
Inilah adalah contoh bank Maybank2u saya gunakan untuk membuat pembayaran pembelian GAP dengan mengunakan FPX Payment
Login seperti biasa dan buat pembayaran.
Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj RM1. [Kemas kini] Public Gold telah kecualikan caj per transaksi.
Terma-terma GAP
Nak buka akaun emas? Hubungi
AzrinRos
Priority Dealer Public Gold (PG00069417)
Wasap klik link Wasap AzrinRos
—————————————————————————————————————————–
Leave a Comment