8 kebaikan simpan emas fizikal sebagai pelaburan yang perlu diketahui.
Pernah terfikir emas boleh dijadikan simpanan?
Ya boleh.
Emas seperti jongkong emas dan dinar emas sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang
Walaupun emas tidak ada pulangan dividen seperti simpanan ASB dan Tabung Haji ia masih boleh beri pulangan apabila disimpan untuk jangka masa panjang.
Graf rekod harga spot gold – sumber GoldPrice.org
Saya bukan nak mengajar anda mengenai analisa graf harga emas tetapi cukup sekadar anda memahami apa yang saya sebut sebelum ini mengakui kebenaran emas adalah simpanan bersifat jangka panjang.
Lihat sahaja harga spot gold meningkat saban tahun.
Ini tidak bermakna saya nak minta anda mengalih simpanan bank kepada emas.
Setiap portfolio simpanan ada kelebihan dan kekurangan serta risikonya yang kita perlu tahu untuk mengawalnya.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah emas boleh dijadikan simpanan.
Kita perlu set tujuan simpanan emas untuk apa?
Beberapa contoh emas boleh dijadikan simpanan bersifat jangka masa panjang dan bermatlamat:-
+ simpanan pendidikan anak-anak
+ kos mengerjakan Umrah atau Haji
+ simpanan persaraan
+ deposit membeli rumah pertama dan kenderaan
+ kos perkahwinan.
Bila cukup simpanan yang ditarget boleh dijual emas tersebut atau digadai untuk mendapatkan pinjaman.
1. Emas penyimpan nilai.
Emas dikenali sebagai penyimpan nilai yang baik.
Apa bila duit kertas ditukar kepada emas ke dalam sejumlah gram. Sebagai contoh tukar wang kertas kepada 5 gram jongkong emas.
Apa akan jadi dengan 5 gram tersebut selepas 10 tahun akan datang tentu ia masih kekal 5 gram.
- Harga emas 5 gram Public Gold adalah RM1,050 dan bayangkan apa akan jadi selepas 10 tahun?
- Adakah kita masih boleh beli emas 5 gram dengan jumlah duit yang sama selepas 10 tahun?
- Berapakah nilai yang tinggal RM1,050?
- Masihkah kita dapat mengekal kuasa membeli?
Saya tidak dapat menjawab soalan ini kerana ia belum berlaku tetapi apabila kita lihat pergerakkan harga emas spot gold boleh berikan bayangan apa yang akan berlaku 10 tahun dari sekarang.
2. Emas elak kebocoran wang.
Bagi sesetengah susah nak menyimpan kerana mudah boros untuk berbelanja.
Boleh jadikan emas sebagai simpanan dengan menukar wang kepada emas.
Bila tukar ke dalam bentuk emas fizikal tidaklah mudah untuk berbelanja sebab perlu tukar emas fizikal kepada tunai.
Bagi sesetengah orang adalah leceh secara tidak langsung lambat sikit duit habis terbelanja.
Berbanding simpan didalam bank kerana kemudahan memindahkan duit diatas talian mudah untuk duit bertukar pindah milik.
3. Emas pelaburan yang berdiri sendiri
Emas tidak perlu diperakui kerana ia boleh berdiri sendiri.
Tidak seperti wang kertas perlu diperakui oleh kerajaan sesebuah negara sah diperakui untuk transaksi.
Emas bukan dianggap matawang didalam sistem kewangan.
Wang kertas yang digunakan untuk transaksi.
Sekarang ini matawang sudah beransur-ansur beralih kepada wang bentuk digital dan kita melihat nombor-nombor tersebut bertambah dan berkurangan.
Berlainan emas dengan emas kita melihat aset fizikal dengan beratnya yang diketahui nilainya.
4. Emas diterima seluruh dunia.
Sebut sahaja emas kepada siapa-siapa akan kenal emas itu berharga.
Emas diterima seluruh dunia tidak seperti duit kertas perlu ditukar dahulu.
Contohnya apabila kita nak pergi ke luar negara perlu tukar wang tersebut kepada matawang yang digunakan.
Manakala emas boleh dibawa ke mana-mana negara tanpa perlu tukar apa-apa.
Contoh emas yang mempunyai pensijilan LBMA mudah diterima mana-mana negara.
Pelarian Veitnam dikenali ‘boat people’
Perang Vietnam telah menyebabkan rakyat Vietnam menjadi pelarian.
Mereka telah meninggalkan tanah air mereka untuk menyelamatkan diri.
Pelarian Vietnam ini telah membawa kepingan emas bersama mereka untuk digunakan bila sampai ke negara baru untuk memulakan kehidupan baru sehingga pelarian Vietnam ini dikenali sebagai ‘boat people’.
Matawang mereka tidak lagi bernilai kerana kerajaan Vietnam tidak stabil dan goyah apabila terlibah kancah peperangan.
emas Kim-Thanh dibawa bersama oleh pelarian Vietnam
5. Emas mengekal kekayaan.
Bila mempunyai simpanan emas, kekayaan tersebut kekal bersama kita selagi mana emas tersebut didalam kawalan dan gengaman kita.
Bukan di tangan pihak ketiga.
Pada saat kecemasan emas boleh dicairkan didalam bentuk tunai. Sebagai contoh kita simpan 5 gram emas Public Gold berharganya RM1,050.
Kalau RM1,050 dalam bentuk tunai dalam dompet ada kemungkinan tidak kekal lama.
Simpanan emas tidak dikenakan cukai tetapi wajib bayar zakat emas bila cukup 85 gram dan haul.
Kewajipan sebagai orang islam melaksanakan rukun islam yang ke tiga untuk golongan hasnaf yang layak menerima zakat.
Rebet cukai tambahan dengan pembayaran zakat emas.
6. Jumlah emas tidak berkurangan samada didalam tanah atau diatas tanah.
Emas adalah kurniaan Allah SWT tidak akan berkurangan samada didalam tanah atau diatas tanah sehinggalah akhir zaman.
Minyak mentah adalah pakai habis dan jumlah didalam bumi semakin berkurangan.
Emas tidak boleh dicipta dan dimusnahkan.
7. Emas kalis hiper inflasi.
Beberapa negara seperti Zimbabwe dan Venezuela sudah mengalami krisis ekonomi yang teruk sehinggakan matawang negara mereka hilang nilai.
Kadar inflasi negara Venezuela mencapai 800% tertinggi pada tahun 2016.
Harga sedozen telur di Venzuela ayam terlalu mahal melonjak RM650 kesan dari inflasi tinggi menjadikan barang-barang keperluan naik harga kerana kuasa beli rakyat berkurangan.
Kerajaan Venezuela mengantikan 100 Bolivar bernilai 2 sen terpaksa mengantikan not lebih besar.
Zimbabwe pernah mengejutkan dunia apabila 100 billion dollars Zimbabwe mampu beli 3 biji telur.
Pada tahun 2008 kadar inflasi negara Zimbabwe mencapai 231,000,000%.
100 Billion Dollars Zimbabwe boleh beli 3 biji telur
Kadar inflasi tertinggi pernah dialami oleh Malaysia pada tahun 2008.
Pada tahun tersebut, inflasi negara mencapai 8%.
Inflasi memberi kesan langsung dan yang paling terkesan adalah golongan berpandapatan sederhana ke bawah.
Harga barang keperluan naik.
Keratan akhbar mengenai kadar inflasi di Malaysia – sumber The Sun 28 Mac 2017
8. Emas boleh dipajak untuk mendapat pinjaman.
Bila ada emas boleh pajak untuk mendapatkan pinjaman wang.
Emas boleh dipajak di ArRahnu untuk mendapatkan pinjaman.
Tempoh pinjaman selama enam bulan dan boleh ditambah kepada enam bulan.
Ia ada kemudahan jika saat-saat kecemasan dan memerlukan wang tunai segera.
Sebagai contoh kadar pinjaman yang diberikan oleh POS ArRahnu adalah 75% dari nilai Marhun dengan kadar upah 85sen bagi setiap RM100 marhun.
Had pinjaman biayaan sehingga RM30,000 sehari dan tidak melebihi RM100,000 setiap individu.
Apa yang ingin dikongsikan mengenai 8 kebaikan simpan emas fizikal yang mungkin tidak diketahui kerana emas selalu sinonim dengan wanita lebih dikenali sebagai barang kemas.
Emas yang berstatus Investment Precious Metal(IPM) adalah sesuai untuk dijadikan simpanan dan pelaburan jangka masa panjang.
Alih 10% dari nilai aset bersih didalam bentuk emas.
Nasihat tuan Azizi Ali Mentor wang agar menyimpan 10% dari nilai aset bersih didalam bentuk emas sebagai insuran kewangan untuk melindung suasana tidak dijangka yang dinyatakan dalam 8 kebaikan simpan emas fizikal didalam post ini.
Dimana hendak beli emas didalam Malaysia?
Public Gold antara syarikat emas dan perak tempatan menawarkan emas ketulenan 999.9 dan pensijilan LBMA.
Emas Public Gold yang mempunyai sijil LBMA bebas cukai GST 6% dan mesra gadaian ArRahnu.
Public Gold dapat pensijilan Patuh Syariah daripada Amanie Advisors Sdn Bhd untuk pembelian emas secara Outright Purchase iaitu belian terus dengan kunci harga dan Easy Payment Purchase(EPP) untuk pembelian ansuran 4 bulan.
Sijil Patuh Shariah Gold Accumulation Program dan Silver Accumulation Program
Selain itu jika anda ada masalah untuk menyimpan emas dan tidak mahu keluar belanja sewa deposit box boleh simpan emas dengan Gold Accumulation Program(GAP).
GAP adalah simpanan emas secara terkumpul bagi mereka yang mempunyai bajet kecil tetapi mempunyai keinginan untuk menyimpan emas.
Boleh keluar emas fizikal daripada emas yang terkumpul dengan sedikit caj premium semasa keluar emas di cawangan.
[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP kali pertama.
Penafian:
Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.
Leave a Comment