Kesian dengan mangsa penipuan emas apabila niat nak simpan emas akhirnya di tipu dengan scam yang bertopeng emas. Salah satu puncanya adalah keghairahan dijanjikan berlipat ganda selepas menyertai skim pelaburan emas yang dijanjikan.
Penipuan licik dengan sendiket jongkong emas menjual jongkong emas yang disangkakan emas tulen sebenarnya besi tembaga yang disalut emas. Kebanyakkan kes yang dilaporkan adalah kes penipuan emas online.
Ada tiga pilihan produk emas yang boleh dipilih iaitu fizikal, kertas dan perantaraan merujuk buku ‘Masa Untuk Emas’ yang ditulis oleh Tuan Azizi Ali.
Contoh:
- Emas fizikal adalah dalam bentuk wafer, jongkong, syiling, syiling pengumpul dan barangan kemas.
- Emas kertas adalah saham emas, Exchange Traded Funds (ETF), pasaran hadapan, akaun simpanan emas dan sijil emas.
- Manakala Emas perantaraan adalah emas Emas Digital.
Apa yang bakal dikongsi didalam posting ini adalah tips untuk elak penipuan skim pelaburan emas untuk emas fizikal seperti jongkong emas.
Agak sukar nak kesan syarikat yang licik menjalankan operasi disebalik pendaftaran syarikat yang sah. Modus operasi sukar dihidu pihak berkuasa sehingga lah yang mereka menyertainya mula mengalami kerugian.
1. Labur diri dengan ilmu.
Labur diri sendiri dengan ilmu untuk elak pelaburan lebur. Kebanyakkan yang duit lebur adalah melabur tanpa ilmu. Perkara pertama sebelum melabur adalah melabur diri sendiri dengan ilmu.
Bila ada ilmu dapat membantu membuat keputusan. Ada beberapa sumber nak dapatkan ilmu adalah dengan membaca buku mengenai pelaburan emas dan menghadiri seminar.
Baik labur untuk buku berbanding lebur duit. Kebanyakkan mentor diluar sana akan saran labur ilmu dahulu.
Ada 4 buku saya syorkan untuk dibaca.
Masa Untuk Emas – Azizi Ali
Rahsia Pelaburan Emas dan Perak – Jonathan Quek
Wang Emas – Mohd Zulkifli Shafie
Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – Syukor Hashim
2. Buat kajian latar belakang syarikat.
Buat kajian dan latar belakang syarikat samada terlibat dengan kes penipuan pelaburan tersenarai didalam senarai pemerhatian oleh Bank Negara Malaysia. Ada syarikat selindungi perniagaan diragui dengan pendaftaran syarikat yang sah. Kadang-kadang agak sukar untuk kenal pasti modus operandi.
3. Janji pulangan didalam masa singkat.
Menjanjikan pulangan tinggi melebihi dividen tahunan bank tempatan dan unit pelaburan sebagai contoh membanding dividen yang diumumkan oleh Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Dijanjikan pulangan setiap bulan. Emas ini didagang mengikut harga pasaran. Mungkin harganya turun dan mungkin harga naik.
Sumber: Astro Awani
Pengalaman membeli emas fizikal dari Public Gold.
Saya nak berkongsi pengalaman saya sebelum membeli emas dari Public Gold. Kawan-kawan sekerja ada yang sudah bermula awal membeli emas dari Public Gold beberapa tahun lalu. Mereka ada menunjukkan emas fizikal jongkong emas 10gram dan 1 dinar emas.
Emas Public Gold Non LBMA boleh pegang emas sekarang ini dikenali Bunga Mas atau Tai Fook
Kawan-kawan saya benarkan pegang emas yang mereka beli. Bila letak diatas tangan terasa berat kerana emas ini beratnya padu dan kilauan warna kuning yang mengasyikkan. Masa tersebut terus-terang tak mampu beli emas walaupun harga ketika itu lebih murah dari hari ini.
Puncanya tidak ada ilmu dan beranggapan harga emas sentiasa mahal. Tidak nampak masa depan dengan menyimpan emas.
Mula berjinak-jinak menyimpan emas pada tahun 2016.
Pada tahun 2016 bulan April bermula episod saya menyimpan emas dengan akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Rupanya mudah nak simpan emas kerana ada akaun simpanan emas yang boleh beli emas secara online dan emas disimpan oleh Public Gold tidak dikenakan kos penyimpanan selagi emas didalam simpanan.
Tak susah nak faham urus niaga beli emas online dengan Public Gold sebab boleh semak harga emas secara online, upload resit didalam sistem, nak keluar emas boleh ambil emas dicawangan Public Gold ada disetiap negeri. Satu-satu caj dikenakan adalah caj premium(satu caj sahaja). Ini bermakna bila kita bayar beli emas tidak ditolak-tolak caj lain.
Bermula saya dengan emas adalah dengan membaca ebook tentang emas Public Gold yang ditulis oleh Dealer Emas Public Gold. Kemudian saya menghadiri Seminar Emas PERCUMA yang dianjurkan oleh Public Gold dicawangan Sunway.
Emas pertama saya beli ada 0.5gram semasa Fire Sales selepas seminar Emas. Bermula titik tolak tersebut saya banyak beli buku dan menghadiri seminar seminar emas. Kemudian saya pergi mengikuti Sales Incentive Program (SIP) melancong sambil belajar 2 hari 1 malam ke Ibu Pejabat Public Gold di Pulau Penang membina keyakinan perniagaan Public Gold adalah wujud dan genuine.
Lawatan ke ibu pejabat Public Gold terletak di Pulau Pinang
Bergambar jenama dibawah Public Gold
Lawatan ke Public Safe tempat Safe Deposit
Suasana didalam Safe Deposit milik Public Safe
Lawatan ke PG Gold Museum satu-satunya muzium emas di Asia Tenggara
Sekarang ini Program SIP telah di re-brand dengan nama PG Golden Tour boleh disertai samada pelanggan atau bakal pelanggan.
Saya jadikan emas ini sebagai simpanan tambahan kepada pelaburan dan simpanan lain. Pelbagaikan portfolio kewangan peribadi.
Pengalaman bawa emas Public Gold masuk ke ArRahnu.
Saya pernah bawa emas Public Gold ke ArRahnu POS untuk buktikan samada Public Gold tipu emas diterima oleh ArRahnu tanpa uji ketulinan dan tidak perlu buka seal. Ternyata emas keluaran Public Gold ini mesra ArRahnu kerana tidak perlu diuji ketulinan disebabkan emas Public Gold adalah berstatus LBMA.
Pengalaman bawa emas Public Gold ke ArRahnu POS
Kesimpulannya adalah penting dapatkan ilmu supaya dapat elak kes penipuan pelaburan emas.
Leave a Comment