AzrinRos

Simpanan emas bermula RM100

  • Blog
  • Senarai Topik
    • Sejarah emas didalam peradaban manusia
    • Simpanan emas fizikal elak kebocoran wang
    • Simpan emas perlu ada matlamat yang jelas
    • 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan
    • Pengenalan Public Gold Marketing
    • Selepas pergi SIP lebih yakin dengan Public Gold
    • Panduan semak harga emas Public Gold
    • Tiga produk Public Gold patuh Syariah
    • Panduan jual balik emas ke Public Gold
  • Promosi Emas
  • Profil Saya
  • Hubungi Saya
You are here: Home / public gold / Teknik mudah kumpul RM200 dalam masa sebulan

Teknik mudah kumpul RM200 dalam masa sebulan

September 24, 2017 by azrinros 12 Comments

Tabung simpan duittabung kumpul duit

Teknik mudah kumpul RM200 dalam masa 31 hari.

Zaman sekarang nak simpan duit RM100 pun rasa susah bagi sesetengah orang.

Ada yang cuba simpan tetapi tak sempat nak sampai cukup bulan terpaksa dikorbankan akhirnya.

Saya nak kongsi sedikit tips kumpul RM200 dalam masa 31 hari. Apa-apa simpanan perlu displin yang tinggi dan konsisten.

Sifat jujur perlu ada pada diri untuk tidak mengambil duit yang dikumpul dan sentiasa menambahnya.

Tidak ada magis untuk mengamal simpanan ini kerana ia bergantung kepada kemahuan dan kejujuran untuk melihat hasilnya setelah capai 31 hari menyimpan.

Ada yang tak sabar-sabar nak tahu kumpul RM200 dalam masa 31 hari?

Boleh ikut panduan ini kumpul RM200 dalam masa 31 hari.

Jom kita bermain minda logik yang selalu mematikan hasrat untuk menyimpan RM200 sebulan secara konsisten.

Secara jujurnya kita nak asingkan RM100 atau RM200 pada awal bulan terasa sangat payah tetapi berhabisan RM200 sangat mudah. Betulkan?

Jom kita ajak bermain dengan logik akal supaya mengalah.

rajah simpanan duit

jadual kumpul RM200 dalam masa 31 hari

Saya nak kongsi simpan duit RM200 dengan cara terkumpul.

tabung simpan duit dan jadual simpan duit

Tabung dan jaduan simpan duit

Duit terkumpul dalam tabung

Duit terkumpul didalam tabung

Caranya adalah mengasing RM50 pada hari pertama setiap bulan. Baki RM150 dengan cara kumpul RM5 setiap hari selama 30 hari dalam sebulan (rujuk jadual).

Asingkan keuntungan hasil berniaga setiap hari.

Bagi yang berniaga boleh asing RM5 dari hasil keuntungan setiap hari selama 30 hari. Simpan RM50 pada hari pertama campur baki RM5 terkumpul selama 30 hari.

Jumlah keseluruhan terkumpul adalah RM200.

Sebenarnya saya nak program minda logik kita supaya tidak berkira nak menyimpan secara terkumpul dengan sedikit-sedikit.

Kita bermain akal, mengurangkan beban menyimpan dengan cara asingkan RM50 pada hari pertama dan baki RM5 kumpul selama 30 hari.

Fokus kumpul RM5 setiap hari.

pembaziran RM100 akan kehilangan 0.5gram emas

Setiap kali RM100 yang bocor akan kehilangan 0.5gram emas

Tips diatas atas walaupun bukan cara terbaik untuk menyimpan.

Permainan logik akal akan mencipta alasan-alasan yang boleh membantut tabiat menyimpan.

Ingat pesanan ini:

Orang miskin tidak semestinya selama-lamanya miskin. Orang simpan hari ini sudah pasti lebih kaya dari semalam

RM200 simpanan terkumpul sudah boleh membeli emas 1 gram Public Gold melalui simpanan emas Gold Accumulation Program(GAP) setiap bulan secara konsisten.

simpan 1 gram 1 bulan

Tabiat kumpul emas 1 gram setiap bulan

 

Daftar GAP Public Gold
[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP

Share this:

  • Tweet
  • Share on Tumblr
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window) Email

Like this:

Like Loading...

Filed Under: public gold Tagged With: cara menyimpan duit, jadual simpan duit, kumpul duit, simpan duit

Comments

  1. Gja says

    January 16, 2018 at 3:16 pm

    Terima kasih atas perkongsian. 👍

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      January 24, 2018 at 1:59 pm

      Sama-sama. Selamat mengamalkan dan saya doakan ia mendapat hasil. Amin

      Loading...
      Reply
  2. aizamia3 says

    November 17, 2017 at 6:23 am

    Simpanan waktu kecemasan.. 😉

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      December 28, 2017 at 1:12 pm

      Menabung simpanan ibarat perlari marathon jarak jauh. Perlukan kekuatan mental dan fizikal.

      Loading...
      Reply
  3. Belang Tarung says

    October 13, 2017 at 2:39 am

    menabung ni kena isntiqamah…nak lagi berjaya..masukkan dalam tabung yang agak leceh untuk dibuka..sukar nak buka kalau belum penuh..pasti berjaya hehe

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      October 13, 2017 at 8:19 am

      Ya betul. Apa jenis simpanan adalah tool jadi kalau tiada matlamat menyimpan akan rasa penat tidak ada arah tujuan untuk menabung.

      Loading...
      Reply
  4. NURHAZIQ ABDUL HAFIZ says

    September 26, 2017 at 2:56 pm

    Bagus tips ni. student macam saya wajar guna tips ni untuk penjimatan

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      September 26, 2017 at 3:32 pm

      Selamat menyimpan dan kongsi tips simpanan ini dengan rakan-rakan yang lain. 🙂

      Loading...
      Reply
  5. aina amin says

    September 26, 2017 at 11:11 am

    Nak kumpul duit ni sebenarnya perlukan disiplin dan keazaman. Kumpul duit rm5 adalah idea yang baik. Kami pun praktikkan juga.

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      September 26, 2017 at 4:09 am

      Tiada magic pill. Betul perlu ada matlamat jelas untuk menyimpan dan disiplin.

      Robert Kiyosaki penulis buku Rich Dad Poor Dad berkongsi perlunya belanja untuk diri sendiri dahulu bermaksud mengasingkan 30% hasil pendapatan kepada tiga tabung iaitu:-
      + Tabung Pelaburan
      + Tabung Kecemasan
      + Tabung Kebajikan

      Loading...
      Reply
  6. Mus says

    September 25, 2017 at 10:56 pm

    mudah cara ni.. tak terasa dapat kumpul RM200 sebulan..

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      September 26, 2017 at 3:36 pm

      Apa pun perlu istiqomah. Semoga tips ini membantu kumpul 1 gram emas sebulan. 🙂

      Loading...
      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Langgan berita terkini blog AzrinRos melalui email

Masukkan emas address untuk melanggan blog AzrinRos dan menerima notifikasi melalui email.

JOM SIMPAN EMAS BERMULA RM100

Daftar GAP Public Gold
[Langkah 1]
Klik Daftar akaun Public Gold.

[Langkah 2]
Klik panduan beli emas simpanan emas GAP

Like Page AzrinRos

Like Page AzrinRos

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Buku Kombo Wang Emas & Misi Bebas Hutang

Posting Popular

Panduan set Auto debit setiap bulan ke akaun simpanan emas GAP
Gold Accumulation Program simpanan emas terkumpul Public Gold yang patuh Syariah
Sejarah emas didalam peradaban manusia
Pengenalan Public Gold Marketing
Panduan jual balik emas ke Public Gold

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d