AzrinRos

Simpanan emas bermula RM100

  • Blog
  • Senarai Topik
    • Sejarah emas didalam peradaban manusia
    • Simpanan emas fizikal elak kebocoran wang
    • Simpan emas perlu ada matlamat yang jelas
    • 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan
    • Pengenalan Public Gold Marketing
    • Selepas pergi SIP lebih yakin dengan Public Gold
    • Panduan semak harga emas Public Gold
    • Tiga produk Public Gold patuh Syariah
    • Panduan jual balik emas ke Public Gold
  • Promosi Emas
  • Profil Saya
  • Hubungi Saya
You are here: Home / public gold / Tabung simpanan orang muda jangan terlewat

Tabung simpanan orang muda jangan terlewat

August 5, 2017 by azrinros 2 Comments

1gram Public Gold gold bar edisi merdeka MY60

Alasan komitmen hutang beban kos sara hidup menghalang orang muda mempunyai tabung simpanan.

Susah untuk orang muda menyimpan dengan menjadi alasan hutang tidak mampu menyimpan secara konsisten kerana komitmen berhutang selepas berlajar.

Jangan buat silap dengan lewat menyimpan kerana pada ketika itu komitmen pun dah banyak.

45,000 orang muda muflis

Rata-rata yang habis belajar akan membawa bersama mereka hutang belajar seperti PTPN.

Selain baru nak mula kehidupan dengan memasuki alam pekerjaan berbanding ketika belajar ditanggung kos sara hidup.

Bila memasuki alam pekerjaan semua perbelanjaan diatas diri sendiri seperti perlu keluar belanja untuk menyewa rumah, perbelanjaan pengangkutan, bayar bil, pembayaran balik pinjaman pembelajaran, bil utiliti, kos sara hidup dan pelbagai lagi.

Sejak kecil ibubapa sudah mendidik agar simpan baki duit belanja sekolah dalam tabung.

Menyimpan sepatutnya bermula seawal usia lagi.

Masihkah kita ingat hari pertama kita bersekolah pada tahun satu?

Ibu kita berpesan supaya simpan duit perbelanjaan sekolah ke dalam tabung.

Walaupun duit belanja sekolah untuk belanja ketika berehat dikantin tetapi ibu berpesan supaya berjimat cermat.

Ada ibubapa sediakan bekal seperti roti dan air minuman selain ditambah duit poket.

Pakar kewangan menasihatkan simpan 10 hingga 30 peratus.

Menurut penasihat pakar kewangan supaya simpan 10 peratus hingga ke 30 peratus daripada sumber pendapatan setiap bulan untuk simpanan.

Orang muda mudah terbabas didalam menguruskan perbelanjaan kerana mengikut nafsu berbelanja diluar kemampuan.

Kegagalan mengurus wang peribadi adalah satu faktor menyumbang sukar hendak menabung konsisten pada usia muda.

Mudahnya untuk berbelanja menyebabkan wang mudah bertukar tangan dengan perkhidmatan perbankan diatas talian.

Amalkan tabiat SIMPAN DAHULU DAN BAKI BARU BELANJA.

warren buffet quote

Ini nasihat yang disampaikan oleh Warren Buffet orang terkaya didunia(nilai bersih 75 bilion USD seperti dilaporkan oleh oleh Forbes pada tahun 2017) agar simpan dahulu dan baki barulah belanja.

Biasa yang terjadi adalah belanja dahulu dan ada baki baru simpan. Kalau tidak berbaki sudah tentu tidak ada simpanan untuk bulan tersebut.

Ada beberapa teknik yang boleh diamalkan seperti teknik snow ball, wujudkan tabung khas dengan mengunakan sampul yang dilabel, simpan duit hijau dan bermacam lagi teknik simpanan.

Bagi mengubah tabiat supaya menabung adalah mengamalkan mengasingkan duit gaji untuk simpanan dan baki baru belanja dengan mengasingkan 10 hingga ke 30 peratus.

Boleh tetapkan matlamat menyimpan supaya mempunyai alasan yang kukuh untuk menyimpan.

Biasanya simpanan tanpa matlamat akan terkandas sekerat jalan kerana tidak rasa perlu ada tabung simpanan sebab masih muda dan tunggu selepas kenaikan gaji, bila berkeluarga atau alasan lain baru nak menyimpan.

Ini sangat bahaya.

Duit simpanan KWSP dan Pencen tidak cukup untuk menampung di usia persaraan.

Lambat mula tabung simpanan akan terbeban untuk menyimpan kerana ada tanggungan dan komitmen perbelanjaan.

Merasakan tabung simpanan KWSP dan pencen dapat menampung pada usia emas.

Kalau sudah hutang keliling pinggang dan bersara masih berhutang sudah tentu duit simpanan tersebut tidak cukup kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan.

Simpanan emas untuk orang muda mengalakkan tabiat menyimpan.

Ramai golongan muda tidak menyedari simpanan didalam bentuk emas.

Kalau sebelum ini menyangka emas terlalu mahal untuk dibeli. Sebenarnya boleh bermula simpanan dengan RM100 atau segram emas dengan menukar duit kepada emas.

Bagi yang ingin menyimpan emas adalah fokus simpanan dalam bentuk gram setiap bulan dengan mengamalkan 1gram sebulan.

Amal simpan 1gram emas setiap bulan secara konsisten.

Misalnya mula menyimpan emas 1gram pada bulan Januari dan pada akhir bulan Disember sudah mempunyai emas terkumpul sebanyak 12gram.

Kalau ambil kira 1 gram emas Public Gold berharga RM250 dengan 12gram emas terkumpul sebanyak RM3,000.

Mungkin berpendapat adalah lebih baik simpan duit didalam bank tetapi lihat sudut positif tukar duit kepada simpanan emas adalah melatih diri menyimpan.

Tentu rasa gembira.

Emas sentiasa menang untuk melawan nafsu boros.

Bila simpan duit didalam bentuk emas lambat sedikit nak tukar kepada duit kerana rasa sayang nak jual emas yang setelah penat dikumpul.

Kita sedia tahu emas adalah sesuatu yang berharga. Bila kita dibandingkan emas dengan perkara yang hendak dibeli dan biasanya emas akan menang.

Secara tak langsung akan menutup nafsu boros.

Sudah terbuka hati untuk menyimpan emas?

majlis penyerah sijil Patuh Syariah Public Gold oleh Amanie Advisors Sdn Bhd

Sidang media penyampaian sijil Patuh Syariah Amanie Advisors Sdn Bhd kepada Public Gold

Sijil Patuh Shariah GAP & SAP

Sijil Patuh Syariah untuk Simpanan Gold Accumulation Program dan Silver Accumulation Program.

Boleh simpan emas dengan Gold Accumulation Program(GAP) merupakan simpanan emas yang ditawarkan oleh Public Gold menawarkan emas diatas talian 24/7.

Daftar GAP Public Gold
[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP

 

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

Share this:

  • Tweet
  • Share on Tumblr
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window) Email

Like this:

Like Loading...

Filed Under: public gold, Simpanan Emas Tagged With: pengurusan wang, tabung simpanan

Comments

  1. Azirahman says

    August 9, 2017 at 5:57 am

    Menyimpan untuk masa depan. Terima kasih info ini.

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      August 9, 2017 at 9:36 am

      Tiada istilah lewat untuk mula simpanan emas.

      Loading...
      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Langgan berita terkini blog AzrinRos melalui email

Masukkan emas address untuk melanggan blog AzrinRos dan menerima notifikasi melalui email.

JOM SIMPAN EMAS BERMULA RM100

Daftar GAP Public Gold
[Langkah 1]
Klik Daftar akaun Public Gold.

[Langkah 2]
Klik panduan beli emas simpanan emas GAP

Like Page AzrinRos

Like Page AzrinRos

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Buku Kombo Wang Emas & Misi Bebas Hutang

Posting Popular

Panduan jual balik emas ke Public Gold
FPX Payment pembayaran beli GAP
Beli emas online ambil emas di POS ArRahnu
Gold Accumulation Program simpanan emas terkumpul Public Gold yang patuh Syariah
PG Golden Tour Trip pengalaman emas sambil santai
Tips Kumpul RM200 Dalam 20 Hari
Bar Emas Tahun Baru Cina Zodiak Harimau
Unboxing Emas Public God Tahun Baru Cina 2023

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d