AzrinRos

Simpanan emas bermula RM100

  • Blog
  • Senarai Topik
    • Sejarah emas didalam peradaban manusia
    • Simpanan emas fizikal elak kebocoran wang
    • Simpan emas perlu ada matlamat yang jelas
    • 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan
    • Pengenalan Public Gold Marketing
    • Selepas pergi SIP lebih yakin dengan Public Gold
    • Panduan semak harga emas Public Gold
    • Tiga produk Public Gold patuh Syariah
    • Panduan jual balik emas ke Public Gold
  • Promosi Emas
  • Profil Saya
  • Hubungi Saya
You are here: Home / public gold / Seminar Emas Alaf Baru anjuran Public Gold

Seminar Emas Alaf Baru anjuran Public Gold

October 15, 2018 by azrinros Leave a Comment

Banner Seminar Emas Alaf Baru

Seminar Emas Alaf Baru adalah seminar yang kali ke 10 penganjuran setiap tahun.

Pada 13hb Okt 2018 hari Sabtu minggu lepas saya telah menghadiri Seminar bertajuk Emas Alaf Baru bertempat di TH Hotel di Kelana Jaya. Saya dimaklum seminar mega seumpama ini sudah masuk anjuran yang kali 10 bersamaan usia Public Gold.

Ini bermakna setiap tahun tanpa gagal Public Gold akan menganjurkan seminar sekala besar dengan menjemput mereka yang pakar berkongsi ilmu emas disatu pentas yang besar. Dua penceramah telah dijemput iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan Dr Ahmad Sufian Che Abdullah.

 

Topik seminar pertama bertajuk: Gold As High Quality Liquid Aset (HQLA)

Penyampai: Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

Video rakan FB LIVE Emas Sebagai Aset Cair Berkualiti Tinggi.

Bila dunia mengalami krisis ketika ini emas dilihat sebagai Gold Safe Haven kerana emas mudah dicairkan ke dalam bentuk tunai selain keupayaan simpanan tunai yang boleh digunakan ketika krisis.

Harga akan melonjak pada ketika dunia mengalami krisis ekonomi ini terbukti dengan data yang diperolehi memperlihatkan pelabur-pelabur beralih simpan emas untuk elak kerugiaan dengan dengan emas.

Pakar kewangan menyaran agar menyimpan 5% hingga 10% daripada jumlah kekayaan didalam bentuk emas sebagai insuran kewangan.

Emas telah dilihat sebagai aset yang berkualiti tinggi mudah dicairkan berbanding aset dan instrumen kewangan yang lain sebagai bila didalam keadaan kecemasan nak jual aset rumah bukanlah boleh dapat tunai serta-merta mungkin mengambil masa kecuali mempunyai tunai yang disimpan untuk tujuan kecemasan

 

Topik seminar kedua bertajuk: Emas Sebagai Aset Ekonomi Peribadi

Penyampai: Dr Ahmad Sufian Che Abdullah

Slide Emas Sebagai Aset Ekonomi Peribadi.

This slideshow requires JavaScript.

Emas boleh dijadi aset simpanan peribadi untuk mengalak sifat menabung dan elak kebocoran wang.

Penianga wanita di Pasar Khadijah di Kota Bharu guna barang kemas untuk mendapatkan suntikan modal berniaga.

Peniaga-peniaga wanita di Pasar Khadijah di Kota Bharu Kelantan mengunakan barang kemas untuk digunakan dapat modal pusingan. Peniaga-peniaga wanita sana memakai barang kemas padu.

Barang kemas akan masuk ArRahnu di waktu pagi untuk mendapatkan suntikan modal dan pada sebelah petang barang kemas tersebut ditebus setelah mendapat keuntungan dari hasil niaga. Hasil keuntungan berniaga akan dibeli barang kemas secara tak langsung emas semakin bertambah.

Sebagai peniaga kecil sudah tentu susah untuk dapatkan pinjaman dan walaupun mempunyai kemampuan bayar balik. Pihak bank sukar untuk memberi kelulusan pinjaman modal berbanding mengunakan barang kemas masuk ArRahnu boleh dapatkan pinjaman hampir 70% dari nilai Marhun emas. Proses pinjaman mudah tanpa perlu proses dokumentasi panjang.

Bagaimana nak mula?

1. Pelaburan ilmu.

Perkara pertama adalah melabur diri sendiri dengan ilmu. Ada beberapa cara dengan membaca buku  menghadiri seminar berkaitan dengan emas. Bila sudah ada ilmu biasanya akan trigger tindakat untuk membeli emas tanpa was-was.

Biasanya yang gelap mata bila dijanjikan keuntungan berganda didalam masa singkat kerana tersalah langkat terlibat dengan skim Ponzi bertopeng emas.

2. Set matlamat membeli emas

Jangan terikut-ikut orang beli emas dan kita beli emas tanpa arah tujuan. Set matlamat kenapa membeli emas sebagai contoh beli emas untuk tabung kos mengerjakan Umrah.

Contoh lain nak mempunyai 100gram emas pada umur 30 tahun.

3. Set posisi membeli emas.

Ada 3 posisi membeli emas iaitu sebagai penyimpan, peniaga dan pelabur. Biasanya yang membeli emas adalah bermula sebagai penyimpan.

4. Pemilihan produk emas.

Tahu jenis dan  perbezaan setiap satu produk barang kemas emas padu 916, jongkong emas dan dinar emas, emas skrap, simpanan emas, saham emas, emas nurmistik dan sebagainya. Setiap satu produk emas ini ada ciri-ciri yang perlu diketahui seperti Spread, tidak cerewet ketika ingin jual balik, stok yang banyak untuk maksimumkan keuntungan emas.

5. Memilih penjual emas.

Mengenal pasti latar belakang penjual adalah benar-benar penjual emas yang tulin bukan skim emas haram. Elak penipuan emas yang cuba memerangkap dengan janji manis.

Share this:

  • Tweet
  • Share on Tumblr
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window) Email

Like this:

Like Loading...

Filed Under: public gold Tagged With: public gold, seminar, seminar emas, simpanan emas

Leave a ReplyCancel reply

Langgan berita terkini blog AzrinRos melalui email

Masukkan emas address untuk melanggan blog AzrinRos dan menerima notifikasi melalui email.

JOM SIMPAN EMAS BERMULA RM100

Daftar GAP Public Gold
[Langkah 1]
Klik Daftar akaun Public Gold.

[Langkah 2]
Klik panduan beli emas simpanan emas GAP

Like Page AzrinRos

Like Page AzrinRos

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Buku Kombo Wang Emas & Misi Bebas Hutang

Posting Popular

Beli emas online ambil emas di POS ArRahnu
Emas Public Gold mesra pajak POS ArRahnu
Panduan jual balik emas ke Public Gold
Public Gold Bar Emas 1 gram Edisi Raikan Cinta
Panduan semak harga emas Public Gold
Teknik mudah kumpul RM200 dalam masa sebulan

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d