X

PG Mall online shopping malaysia platform peniaga online dan IKS

Pembelian diatas talian bukanlah satu perkara asing bagi rakyat Malaysia.

Nama bisnes platform diatas talian seperti Lazada, Lelong, Mudah dan bermacam-macam lagi.

Peniaga runcit, butik pakaian, perkhidmatan, pelancongan, perhotelan dan sebagainya juga menawarkan pembelian dan tempahan diatas talian.

PG Mall menawarkan pembelian diatas talian mengunakan emas.

Sedia maklum belian diatas talian ini mudah dan jimatkan masa tanpa keluar dari rumah.

Selagi ada talian internet untuk akses laman jualan, dari mana-mana ceruk boleh buat belian dan tempahan.

Tidak terkecuali PG Mall online shopping malaysia menawarkan platform untuk peniaga menawarkan produk mereka diatas talian.

Yang menariknya pembeli boleh membeli dan bayar mengunakan emas.

Flow proses perniagaan PG Mall

Kalau zaman dahulu syiling emas, syiling perak, dinar dan dirham digunakan sebagai matawang untuk buat belian tetapi agak mustahil untuk mengunakannya semula kerana ia berat dan tidak praktikal berbanding wang kertas yang digunakan sekarang lebih ringan dan mudah dibawa.

Gold Cash adalah matawang emas digital memudahkan transaksi belian diatas talian dengan emas.

Transaksi mengunakan Gold Cash

Bagi menjadikan pembelian emas itu realiti, pihak PG Mall telah memudahkah pembelian diatas talian dengan membolehkan pemilik emas GAP tukarkan gram emas kepada Gold Cash atau dikenali GC adalah matawang digital untuk emas.

Tak dapat bayangkan bagaimana nak kerat-kerat jongkong emas ke dalam gram kecil dan adalah lebih praktikal simpanan emas GAP ditukarkan kepada Gold Cash.

Sijil pendaftaran tanda logo niaga PG Mall

Pendaftaran pengunaan simbol Gold Cash

Tukar Gold Cash @ GC daripada akaun GAP.

Flow proses Gold Payment System PG Mall

Mungkin ada yang bertanya apa itu GAP? GAP adalah Gold Accumulation Program merupakan salah satu produk Public Gold menawarkan emas bermula RM100 atau 1 gram.

GAP ini adalah pembelian emas secara terkumpul yang mana pembeli emas boleh beli didalam jumlah kecil secara terkumpul. Emas fizikal boleh dikeluarkan daripada akaun GAP.

Keratan akhbar mengenai PG Mall di surat khabar Berita Harian

Sekarang nampak tak pembeli emas boleh bayar dengan emas mengunakan GC setelah ditukarkan daripada akaun GAP.

Public Gold mempunyai data pelanggan 150k setakat post ini ditulis dan ia adalah peluang peniaga online dan IKS diluar sana untuk mengunakan kolam yang sedia untuk tebar jala.

Semua jenis produk tiada had boleh ditawarkan di PG Mall kecuali yang emas.

6 sebab PG Mall dapat membantu meningkat jualan

  1. Kolam PG Mall 150k pelanggan sedia ada jadi tidak perlu bimbang nak bina data pelanggan.
  2. Medium transaksi mengunakan GC adalah diiktiraf oleh antarabangsa
  3. Tiada batas sempadan selain Malaysia boleh pasar ke Indonesia dan Singapura.
  4. Platform atas talian 24 jam tanpa henti
  5. Membina industri tempatan dan kraftangan
  6. Sponsor penjenamaan dan pengiklanan. Peniaga mendapat penjimatan kos pemasaran.

 

Penajaan insentif pemasaran untuk peniaga di PG Mall

Contoh banner promosi oleh PG Mall untuk bantu peniaga PG Mall meningkatkan jualan

Peniaga di PG Mall diberikan PG Mall Merchant page panel dashboard percuma.

Setiap penjual PG Mall yang mendaftar perniagaan mereka di PG Mall akan menerima login dan password untuk akses PG Mall Merchant page yang mana penjual boleh menguna panel dashboard pengurusan stok produk mereka dan pesanan pelanggan.

PG Mall Merchant page ini adalah diberi PERCUMA kepada penjual di PG Mall. Kebiasaan harga e-commerce shopping cart mahal harga.

Demo dashboard PG Mall Merchant page

PG Mall Online Shopping Malaysia mendapat sokongan agensi tempatan.

PG Mall telah bekerjasama dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia(PUIM), Majlis Amanah Rakyat(MARA), Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia(USAHANITA), Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia(WENA) dan terbaru Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia(PKKM) untuk membantu ahli-ahli mereka menyertai PG Mall untuk memasarkan produk ahli mereka. Ia adalah satu usaha murni dengan hasil kerjasama win-win situation.

Testimoni peniaga yang berniaga di PG Mall.

 

Panduan daftar perniagaan di PG Mall

Promosi untuk pendaftaran perniagaan di PG Mall

Saya boleh bantu pendaftaran perniagaan di PG Mall dengan hubungi atau klik >> mendaftar peniaga di PG Mall

AzrinRos(PG00069417)
Priority Dealer Public Gold
016-6475702

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.
Related Post
Leave a Comment