Bergambar label dibawah Public Gold seperti Aurora Italia merupakan produk barang kemas dan PGMall merupakan gedung online berkonsepkan ‘ConsuMerchant’.
Trip Public Golden Tour menikmati pengalaman emas dengan cara santai.
Pengalaman emas dengan mengikuti trip PG Golden Tour. PG Golden Tour ini dahulu dikenali Sales Incentives Purchase (SIP).
PG Golden Tour untuk memberi peluang pelanggan dan bakal Public Gold untuk melihat sendiri ibu pejabat operasi Public Gold Global Business Center (PGBC) yang terletak di Pulau Pinang.
Peluang untuk bertemu mereka yang menjadi tulang belakang kepada Public Gold dan founder Public Gold iaitu Dato’ Wira Lois Ng.
Bina kepercayaan dengan melawat PGBC di Pulau Pinang.
Bila sudah menyertai trip PG Golden Tour ini akan membina kepercayaan kerana Public Gold ini sebenarnya wujud dan menjalankan perniagaan emas dan perak adalah tulin.
Sekarang ini perlu hati-hati kerana ada syarikat mengaku mereka menjalankan emas dan perak tetapi bertopengkan scam.
Perniagaan Public Gold sangat jelas iaitu belian emas dan perak diatas talian berbeza dengan cara konvensional.
jadual dua hari PG Golden Tour
Menaiki bas untuk menyertai trip PG Golden Tour.
Pihak Public Gold cawangan Sunway telah menyediakan bas untuk trip PG Golden Tour.
Saya ambil peluang untuk bawa anak lelaki bernama Adib dan tidak perlu memandu ke Pulau Pinang atau menaiki pengangkutan awam ke Penang setelah disediakan.
Kami bertolak jam 12 malam dari Public Gold Sunway bersama peserta-peserta lain ada yang secara solo dan ada yang bawa kawan-kawan dan ada yang bersama famili.
Sudah tentu pengalaman menaiki bas ke Pulau Pinang adalah pengalaman baru untuk anak lelaki saya yang tidak pernah menaiki bas.
Berbeza zaman saya dahulu bas dan keretapi adalah kenderaan yang digunakan untuk berulang alik Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kerana saya pernah membesar di Pulau Pinang dengan duduk disana selama 5 tahun.
Suasana didalam bas
Pejabat Operasi Public Gold Gold Global Business Center (PGBC) terletak di Bayan Lepas
Hari Pertama PG Golden Tour.
Sesi pagi hari pertama PG Golden Tour dengan sesi berkenalan diantara peserta trip dan kaki tangan Public Gold.
En Chew dari Jabatan Sumber Manusia Public Gold sebagai pengerusi majlis menyambut kedatangan peserta trip PG Golden Tour ke PGGBC.
Sesi berkenalan dari Jabatan IT Public Gold
Sesi berkenalan dari jabatan yang mereka bentuk emas dan perak Public Gold
Sesi berkenalan oleh encik Harrisson Chiang
Puan Mira menayangkan koleksi barang kemas Aurora Italia setiap satu rekaan hanya dihasilkan 100 biji sahaja.
Sesi perkenalan oleh puan Tricia orang kuat PG Mall
Dato’ Wira Lois Ng founder Public Gold
Datin Wira Yvonne orang kuat Aurora Italia
Dealer Public Gold menjadi urusetia trip Public Gold Golden Tour dari kiri Cikgu Ihzam Khairi, Syed Ammar, Amirul Aiman dan Syarif Jamil
Sesi lawatan ke jabatan-jabatan sokongan di PGGBC.
Adib memegang perak seberat 1 kg di bilik Dato’ Wira Lois Ng
Bergambar bersama Dato’ Wira Lois Ng founder Public Gold
Wow besarnya syiling perak.
Adib memegang perak edisi terhad 5 kilo .999-fine duit perak dari British Virgin Islands dikeluarkan untuk memberi penghormatan kepada penjelajah kelahiran Denmark, Vitus Bering.
Gambar senarai Hall of Fame tergantung gambar-gambar Star Master Dealer
Dibelakang saya adalah gambar upline Master Dealer iaitu En Sabri dari Kelantan.
Sesi merasai pengalaman menaiki kereta Sports dan Mewah.
Adib merasai pengalaman menaiki Super Car Porsche.
Adib merasai pengalaman menaiki kereta mewah Roll Royce
Makan Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar.
Makan tengahari Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar
Happy face dengan rakan-rakan gembira dapat makan Mee Udang.
Mee Udang tetapi mana udangnya? Udang di sebalik mee
Berhenti sebentar untuk solat Zohor
Lawatan ke Public Safe di Bayan Lepas.
Public Safe milik Public Gold tempat dimana emas dan perak pelanggan disimpan disini.
Jadi tidak perlu risau beli emas GAP yang disokong emas fizikal.
Kalau dahulu saya dengar dari cerita pengalaman Dealer tedahulu mereka perlu mengambil sendiri emas di Pulau Pinang dan hantar kepada pelanggan.
Sekarang ini sudah boleh ambil emas kerana ada cawangan Public Gold setiap negeri untuk menguruskan pengambilan stok.
Bunting promosi simpanan Safe Deposit di Public Safe.
Deretan kota Safe Deposit box.
Semua perserta terbuka mulut bila melangkah masuk ruang simpanan deposit di Public Safe kerana sangat banyak kotak-kotak simpanan dimana-mana.
Selfie bersama abang koning di Public Safe
Sesi penerangan mengenai Safe Deposit Public Safe
My lucky number
Pengalaman mahal kerana bukan calang-calang berpeluang dapat masuk Public Safe bilik kebal yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi kalau tidak dengan mengikuti trip PG Golden Tour ini.
Makan malam di restoran Nasi 7 Benua.
Makan malam di restoran Nasi 7 Benua sebelum check in hotel.
Nasi 7 benua ada 7 ketul nasi berlainan warna
Ayam masak kicap
Kuah kari
Bermalam di di hotel Four Points by Sheraton
Hari Kedua PG Golden Tour.
Adib bergambar di pantai selepas sarapan pagi di hotel
Lawatan ke Penang Street Art.
Kami telah dibawah kunjungi Penang Art Street dan bila sampai disini wajib bergambar lukisan dinding yang diabadikan pada emas 0.5gram Public Gold.
Dua emas 0.5gram yang bersijil gambar lukisan dinding ‘Kids on Bicycle’ dan ‘Skippy’ tidak lagi dikeluarkan.
Secara tidak langsung akan menjadi koleksi terhad kepada si pemilik yang mempunyai emas 0.5 gram ini.
Adib bergambar bersama lukisan dinding ‘Kids on bicycle’ dan gambar kecil adalah emas 0.5gram Public Gold.
Adib bergambar bersama lukisan dinding ‘Skippy’ dan gambar kecil adalah emas 0.5 gram Public Gold
Bergambar lukisan dinding ‘Old Basikal’ dan gambar kecil adalah keluaran terbaru emas 0.5 gram Public.
Adib bergambar di jeti Chew perkampungan nelayan
Makan tengahari di restoran Kapitan Nasi Kandar Antarabangsa.
Makan tengahari di Restoran Kapitan Nasi Kandar
Makan nasi Kandar Penang mari. Melekat bau kari pada tangan walaupun setelah dibasuh.
Kunjungi PG Gold Museum.
Bagi saya lawatan PG Gold Museum adalah yang ditunggu kerana boleh belajar sejarah emas dan manusia.
Selain itu boleh merasai pengalaman mendulang emas, melihat sendiri proses peleburan perak, merasai pengalaman memegang emas jongkong emas seberat 50kg yang tidak mungkin berpeluang dalam hidup ditempat lain
PG Gold Museum adalah muzium emas terbesar di Asia Tenggara
Peta tiga kawasan melombong emas di Malaysia iaitu Selinsing, Penjom, Raub dan Bau.
Adib melombong emas
Kumpul emas
jom bawa keluar emas
Adib merasai pengalaman mendulang emas
butiran emas hasil mendulang
Butiran emas didalam balang kaca yang mempunyak rantai key chain.
Pengalaman mahal dapat mengusap dan memegang jongkong emas seberat 50kg
Perbandingan harga jongkong emas 12.5kg pada tahun 2001 dan harga emas terkini.
Berbaloikan simpan emas kerana ia menyimpan nilai dan simpanan bersifat jangka masa panjang.
Abang Koning bergambar jongkong perak
Video demo proses peleburan perak.
Gambar beramai-ramai dihadapan PGGBC
Pengalaman emas yang diperolehi dari trip PG Golden Tour sangat berharga untuk membina keyakinan yang saya membeli produk emas dan perak dari platform yang genuine.
Beli emas dapat emas.
Paling best adalah menerima cabutan bertuah emas 0.5gram Weekly Lucky Draw yang dicabut setiap minggu untuk mereka yang membeli belah di PGMall untuk RM30 ke atas.
Nama saya telah disebut pada cabutan pertama.
Ambil emas 0.5gram di Public Gold cawangan Sunway. Sebelah kanan saya adalah cik Xinlyn Head Of Branch Public Gold
Emas 0.5gram yang dimenangi hasil cabutan Weekly Lucky Draw dari PGMall
PG Golden Tour ini boleh disertai samada pelanggan atau bukan pelanggan Public Gold dan disyorkan untuk mengenali Public Gold secara dekat.
Leave a Comment