AzrinRos

Simpanan emas bermula RM100

  • Blog
  • Senarai Topik
    • Sejarah emas didalam peradaban manusia
    • Simpanan emas fizikal elak kebocoran wang
    • Simpan emas perlu ada matlamat yang jelas
    • 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan
    • Pengenalan Public Gold Marketing
    • Selepas pergi SIP lebih yakin dengan Public Gold
    • Panduan semak harga emas Public Gold
    • Tiga produk Public Gold patuh Syariah
    • Panduan jual balik emas ke Public Gold
  • Promosi Emas
  • Profil Saya
  • Hubungi Saya
You are here: Home / public gold / Misi mencapai emas 100gram sebelum umur 30.

Misi mencapai emas 100gram sebelum umur 30.

August 11, 2018 by azrinros 4 Comments

Jongkong Public Gold 100gram die cast yang mesra ArRahnu

Jongkong Public Gold 100gram die cast yang mesra ArRahnu

Misi kumpul 100g emas sebelum umur 30 tahun bukan misi mustahil.

Mengumpul emas 100g tidak perlu tunggu capai umur 100 tahun baru capai 100g emas. Rata-rata jangkaan hayat umur rakyat Malaysia adalah sekitar 70an mengikut statistik laporan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2016.

Percaya tak pada umur sebelum capai 30 tahun sudah mempunyai 100g emas didalam genggaman.

Jawapan: Ya boleh.

Pada umur 21 tahun sudah mula menyimpan yang rata-rata baru bermula masuk alam pekerjaan. Pada ketika ini komitmen masih rendah dan kalau ada hutang pun adalah hutang PTPTN. Boleh mula simpan minimum 1gram emas setiap bulan.

Tempoh penyimpanan adalah selama 8 tahun 4 bulan itu pun simpan secara konsisten 1gram emas adalah minimum. Jika simpan lebih 1gram emas sebulan lebih cepat capai dan dapat pendek tempoh penyimpanan. Mungkin emas yang terkumpul melebihi target 100gram.

Kiraan ringkas: 1gram x 100 bulan (bersamaan 8 tahun 4 bulan) akan terkumpul 100gram emas.

Emas 1 gram jika rujuk harga emas Public Gold adalah RM173 per gram untuk simpanan emas Gold Accumulation Program. Bayangkan pada umur 30 tahun sudah mempunyai asset fizikal berupa emas 100gram sudah memadai untuk digunakan sebagai belanja kahwin atau deposit rumah pertama.

Harga emas 100gram emas Public Gold jika dijual sekitar RM15,857 dengan spread 7% pada harga jualan balik hari ini. Pada 8 tahun akan datang sudah tentu harga akan berbeza dengan harga sekarang.

spot gold price

graf harga spot gold dunia

Kenapa perlu simpan emas?

Simpan didalam bentuk emas dapat elak kebocoran wang dan sifat boros. Setiap bulan perlu asing hasil pendapatan dengan simpan dahulu dan baki baru belanja pesanan billionaire dunia Warren Buffet.  Tukar duit disimpanan kepada gram emas supaya ia tidak mudah dibelanjakan berbanding didalam bentuk wang kertas.

Nilai RM50 mengikut tahun. Kuasa membeli semakin mengecil

Kalau simpanan duit melihat dari sudut keuntungan dapat hasil dividen yang diumumkan setiap tahun. Menyimpan emas dilihat dari sudut penambahan aset fizikal walaupun emas tidak mempunyai pulangan dividen tetapi emas adalah penyimpan nilai unggul.

Simpanlah seratus tahun sekali pun emas kita simpan tidak akan berkurangan beratnya. Kalau simpan 100g dan selamanya akan kekal berat 100gram jika tiada penambahan susulan. Berbanding duit kertas ada susut nilai oleh inflasi yang merompak nilai secara senyap.

100 billion dolar Zimbabwe boleh beli 3 biji telur

100 Billion Zimbabwe hanya boleh beli 3 biji telur ayam

Persoalan dimana nak simpan emas yang mempunyai pensijilan Patuh Syariah?

sijil patuh syariah simpanan emas gold accumulation program (gap)

Simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) merupakan produk Patuh Syariah

Public Gold menawarkan simpanan emas yang dipanggil Gold Accumulation Program (GAP) mempunyai pensijilan Patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd. Jadi tidak timbul isu keraguan menyimpan emas.

Simpanan emas dengan GAP ini boleh bermula dengan RM100. Tiada yuran keahlian, tiada yuran tahunan dan tiada kos penyimpanan selagi emas simpan didalam akaun GAP. RM100 digunakan untuk membeli 0.5gram emas terhampir disimpan didalam akaun GAP.

Pra-syarat simpanan emas GAP untuk kekal akaun aktif adalah perlu tinggalkan sekurang-kurang 1gram emas didalam akaun dan samalah yang diamalkan simpanan bank perlu ada baki untuk akaun kekal aktif. Minimum pengeluaran adalah 1gram dan ke atas.

Caj premium dikenakan semasa mengeluarkan emas dan dikenakan caj premium mengikut berat gram emas yang ingin dikeluarkan dan bukan semasa membeli emas.

Kini lebih mudah selain perlu ke cawangan Public Gold untuk mengeluarkan emas fizikal dan sekarang pihak Public Gold boleh pos kepada pelanggan dengan mengunakan perkhidmatan Gold In Transit (GIT) yang diuruskan oleh syarikat DHL adalah syarikat kurier yang bertanggungjawab menghantar emas fizikal kepada pelanggan. Emas yang dihantar akan dilindungi insurans.

Pesanan orang tua-tua dahulu agar beli emas untuk anak perempuan. Sekarang ini lelaki pun boleh beli emas untuk tujuan simpanan dan pelaburan jangka masa panjang. Salah kegunaan emas yang kurang orang diluar sana nampak adalah tahap kecairannya. Kecairan yang yang dimasukkan adalah emas boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan tunai dan juga pinjaman dengan emas masuk ArRahnu.

Macam mana dah mula berminat nak menyimpan emas dengan simpanan emas GAP?

Daftar GAP Public Gold

[1] Klik Daftar akaun Public Gold.
[2] Baca panduan beli GAP

Penafian:

Anda dinasihat untuk membuat bacaan buku-buku dan menghadiri seminar sebelum menyertai pelaburan emas. Merujuk kepada mereka yang pakar mengenai pelaburan emas sebenar. Pelaburan emas tidak melibatkan pembelian pakej tertentu atau jaminan pulangan setiap bulan. Harga emas berubah-berubah setiap hari. Keuntungan diperolehi sekiranya harga emas meningkat lebih dari harga belian sewaktu pelanggan membelinya. Pada masa tidak ada kepastian harga emas akan naik dan mungkin akan jatuh.

Share this:

  • Tweet
  • Share on Tumblr
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window) Email

Like this:

Like Loading...

Filed Under: public gold Tagged With: gold accumulation program, gold accumulation program public gold, simpanan emas, simpanan emas patuh syariah, simpanan emas public gold

Comments

  1. Ksjb @ kerjasendirijb says

    September 11, 2018 at 12:44 am

    Harga emas buat masa ni makin naik.

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      September 16, 2018 at 12:59 pm

      Tahun ini harga ada beberapa peluang untuk dapatkan harga seperti 2 tahun lepas. Siapa yang pernah buat pembelian sudah tentu harga untuk dia benchmark.

      Emas ini dicipta oleh tuhan dan Al Quran secara jelas cukup syarat simpanan emas wajib keluarkan zakat.

      Loading...
      Reply
      • mrsrohana75cg anba says

        September 22, 2019 at 1:23 pm

        Zakat setiap 85g
        Insya Allah

        Loading...
        Reply
        • azrinros says

          September 25, 2019 at 2:51 pm

          Ya, boleh kejar sampai cukup untuk sampai 85g supaya boleh keluarkan zakat emas. Perkara wajib dan pada masa dengan hasil pengeluaran zakat dapat menyucikan harta sambil membuang sifat bakhil. Hasil kutipan zakat boleh digunakan untuk membangun ekonomi. Sama-sama kita usaha capai sehingga cukup untuk keluarkan zakat.

          Loading...
          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Langgan berita terkini blog AzrinRos melalui email

Masukkan emas address untuk melanggan blog AzrinRos dan menerima notifikasi melalui email.

JOM SIMPAN EMAS BERMULA RM100

Daftar GAP Public Gold
[Langkah 1]
Klik Daftar akaun Public Gold.

[Langkah 2]
Klik panduan beli emas simpanan emas GAP

Like Page AzrinRos

Like Page AzrinRos

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Buku Kombo Wang Emas & Misi Bebas Hutang

Posting Popular

Panduan set Auto debit setiap bulan ke akaun simpanan emas GAP
Panduan jual balik emas ke Public Gold
Gold Accumulation Program simpanan emas terkumpul Public Gold yang patuh Syariah
Sejarah emas didalam peradaban manusia
Pengenalan Public Gold Marketing
Emas Public Gold mesra pajak POS ArRahnu
Public Gold Bar Emas 1 gram Edisi Raikan Cinta

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d