AzrinRos

Simpanan emas bermula RM100

  • Blog
  • Senarai Topik
    • Sejarah emas didalam peradaban manusia
    • Simpanan emas fizikal elak kebocoran wang
    • Simpan emas perlu ada matlamat yang jelas
    • 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan
    • Pengenalan Public Gold Marketing
    • Selepas pergi SIP lebih yakin dengan Public Gold
    • Panduan semak harga emas Public Gold
    • Tiga produk Public Gold patuh Syariah
    • Panduan jual balik emas ke Public Gold
  • Promosi Emas
  • Profil Saya
  • Hubungi Saya
You are here: Home / public gold / POS ArRahnu / Emas Public Gold mesra pajak POS ArRahnu

Emas Public Gold mesra pajak POS ArRahnu

April 9, 2017 by azrinros 4 Comments

emas public gold mesra POS ArRahnu

Emas Public Gold mesra POS ArRahnu

Pengalaman baru-baru ini saya sendiri menguji adakah benar emas Public Gold yang mempunyai pensijilan LBMA di terima POS ArRahnu.

Kalau tak pergi pajak di POS ArRahnu tak akan tahu dan disamping itu boleh belajar prosidur bagaimana hendak pajak emas di POS ArRahnu.

Tak adalah canggung kalau ditanya nanti.

Saya telah ke pejabat POS Malaysia cawangan di Kelana Jaya.

POS cawangan Kelana Jaya mempunyai POS ArRahnu jadi mudahlah nak berurusan.

Kalau sebelum ini menyangka POS Malaysia sekadar untuk berurusan membeli setem, urusan pos surat, pembaharuan cukai jalan, lesen memandu, penghantaran barang, bayar bil dan lain-lain urusan.

emas edisi POS Malaysia

POS Malaysia satu-satu POS di dunia telah mengeluarkan emas edisi POS sendiri yang pertama seumpama didunia.

Public Gold telah diberi kepercayaan untuk menjadi rakan niaga POS Malaysia sebuah syarikat GLC untuk mengeluarkan emas fizikal edisi POS Malaysia.

Ciri-ciri emas edisi POS Malaysia adalah berkualiti dan sama dengan emas keluaran Public Gold.

This slideshow requires JavaScript.

Ciri-ciri emas edisi POS Malaysia

+ Ketulenan 999.9%

+ Mempunyai pensijilan LBMA

+ Tiada cukai GST 6%

+ Tiada kos upah

+ Mesra ArRahnu

Emas yang mempunyai status “Logam Pelaburan Bernilai” seperti termaktub didalam Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan(Pembekalan Dikecualikan) 2014 dikecuali cukai jika emas tersebut mempunyai ketulenan 99.5% ke atas dan pensijilan London Bullion Market Association(LBMA).

Nak tahu kriteria emas bebas GST 6% boleh baca blog post 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan.

POS ArRahnu mempunyai cawangan banyak diseluruh negara.

POS ArRahnu mempunyai 75 cawangan di seluruh negara

Setakat post blog ini ditulis, POS ArRahnu mempunyai 75 cawangan di seluruh Malaysia selain 18 cawangan Public Gold(termasuk Singapura dan Indonesia).

Ia adalah satu kemudahan kepada mereka yang mempunyai emas selain jenama emas Public Gold boleh pajak emas mereka di POS ArRahnu berdekatan dengan tempat tinggal mereka jadi mudah untuk berurusan.

Dahulu apabila masuk ke pajak gadai akan dipandang negatif di mata masyarakat.

Sejak pajak gadai islam mula wujud ia memberikan kemudahan pajak kepada orang islam beralih daripada pajak gadai konvensional kepada pajak gadai patuh Syariah.

Kisah peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

Siapa tahu kisah peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Rata-ratanya peniaga adalah wanita dan memakai barang kemas emas yang banyak.

Apabila mendapat keuntungan dari hasil niaga makcik-makcik ini akan beli barang kemas seperti gelang dan rantai emas.

Bila mereka perlukan modal perniagaan akan pajak emas tersebut untuk dapatkan wang tunai.

Selepas mendapat untung emas yang dipajak akan ditebus semula dan proses ini berulang dan bisnes nampak berkembang dengan pertambahan barang kemas.

Proses pajak di POS ArRahnu mudah tanpa perlu melalui proses dokumentasi dan kelulusan yang panjang.

Proses pinjaman dengan pihak bank memerlukan proses dokumentasi dan status kelayakkan serta kemampuan peminjam akan disemak samada layak atau pinjaman ditolak.

Mana kala urusan pajak POS Malaysia mudah dan apa yang penting perlu ada emas nak pajak.

Panduan gadaian emas fizikal di POS ArRahnu.

POS ArRahnu pusat emas sehenti

Apa yang saya nak kongsikan adalah proses pajak emas fizikal Public Gold di POS ArRahnu.

Memandangkan emas fizikal Public Gold mempunyai pensijilan LBMA tanpa perlu dibuka SEAL untuk pengujian ketulenan dan berat. POS ArRahnu hanya menerima 2 produk emas fizikal iaitu:-

+ Public Gold

+ Pump Suisse

– Semasa hendak pajak emas tidak perlu bawa resit atau dokumen untuk emas fizikal Public Gold.

– Dokumen lain yang diperlukan adalah MyKad dan pelanggan yang ingin pajak perlu isi borang.

– Pihak POS ArRahnu akan semak nilai marhum dan pelanggan akan diberi pinjaman 75% daripada nilai emas(Nilai Marhum).

– Upah simpan 80sen setiap RM100 nilai marhum.

– Duit tunai pinjaman akan dibayar serta merta-merta.

– Tempoh pinjaman maksimum selama 6 bulan dan boleh disambung 6 bulang lagi.

– Surat akaun gadaian yang mempunyai no siri gadaian akan diberikan kepada pelanggan. Denda RM10 jika Surat akaun gadaian hilang dari simpanan pelanggan.

– Pelanggan boleh tebus awal dan nilai upah akan dikira mengikut tempoh pinjaman.

Contoh gadaian emas fizikal 20g Public Gold.

+ berat emas: 20g

+ nilai marhum semasa: RM3,511.80

+ nilai pinjaman: RM2,633.00

+ upah simpan: RM29.61

+ tempoh gadaian: 6 bulan

Contoh Surat Akaun Gadaian POS ArRahnu

Contoh Surat Akaun Gadaian POS ArRahnu

Saya tidak dapat nak kongsi emas selain jenama Public Gold samada diterima oleh POS ArRahnu kerana tidak mempunyai pengalaman jenama selain Public Gold.

Boleh cuba bawa barang kemas emas untuk dinilaikan samada boleh diterima gadaian atau tidak.

Sekarang ini mudah untuk membeli emas secara online di Public Gold dan pelanggan boleh buat pilihan nak ambil emas fizikal samada di cawangan Public Gold atau POS ArRahnu berdekatan.

emas-public-gold-boleh-ambil-di-cawangan-POS-ArRahnu

Nasihat saya sebelum membuat keputusan untuk membeli emas fizikal perlu buat kajian dengan teliti 5 kriteria ini seperti:-

1. Harga

2. Spread @ susut nilai

3. Cawangan yang banyak

4. Stok tiada had

5. Syarat jual beli tidak cerewet.

Boleh hubungi saya khidmat nasihat PERCUMA dengan Wasap klik link Wasap AzrinRos

Share this:

  • Tweet
  • Share on Tumblr
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Click to email a link to a friend (Opens in new window) Email

Like this:

Like Loading...

Filed Under: POS ArRahnu, public gold Tagged With: emas pajak, Pajak ArRahnu, POS ArRahnu, POS ArRahnu Malaysia ArRahnu POS Malaysia

Comments

  1. Wanz Cop Baju says

    April 28, 2017 at 6:35 am

    Terima kasih tuan atas perkongsian ini.. teringin juga nak buat pelaburan emas ni

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      May 14, 2017 at 3:30 pm

      Untung boleh dikumpul dalam bentuk emas. Boleh dijadikan modal perniagaan dengan gadaian ArRahnu nak kembangkan bisnes atau modal. Dapat untuk tebus semula. Pinjaman dapat dan emas pun dapat. Macam peniaga wanita di Pasar Khadijah kumpul barang kemas emas untuk modal pusingan.

      Loading...
      Reply
  2. raihanah ahmad says

    April 11, 2017 at 10:14 am

    best juga invest in gold

    Loading...
    Reply
    • azrinros says

      April 20, 2017 at 2:56 pm

      Anggaplah emas ini salah satu simpanan juga.

      Loading...
      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Langgan berita terkini blog AzrinRos melalui email

Masukkan emas address untuk melanggan blog AzrinRos dan menerima notifikasi melalui email.

JOM SIMPAN EMAS BERMULA RM100

Daftar GAP Public Gold
[Langkah 1]
Klik Daftar akaun Public Gold.

[Langkah 2]
Klik panduan beli emas simpanan emas GAP

Like Page AzrinRos

Like Page AzrinRos

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Buku Kombo Wang Emas & Misi Bebas Hutang

Posting Popular

Panduan set Auto debit setiap bulan ke akaun simpanan emas GAP
Gold Accumulation Program simpanan emas terkumpul Public Gold yang patuh Syariah
Sejarah emas didalam peradaban manusia
Pengenalan Public Gold Marketing
Panduan jual balik emas ke Public Gold

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

%d