X

Contohi selebriti Fizo Omar simpan emas sejak dari zaman bujang

Saya tertarik dengan artikel mengenai selebriti Malaysia iaitu Fizo Omar mengenai beliau simpan emas dari sejak zaman bujang. Kisah beliau simpan emas dikongsikan didalam majalah PA&MA.

Simpan emas tujuan tabung pendidikan anak-anak.

Rata-rata jarang sekali kita dengar orang diluar sana menabung emas dan biasanya lebih gemar simpan duit dengan buka akaun simpanan bank seperti bank Islam, Tabung Haji dan ASB. Ada yang menabung tabung pendidikan anak seperti SSPN dan sebagainya.

Emas adalah Aset Kualiti Tinggi Yang Mudah Dicairkan.

Ambil contoh selebriti Fizo Omar simpan emas sejak bujang. Beliau dari sejak kecil telah didedahkan simpanan emas oleh kedua ibubapanya. Kata beliau lagi tujuan menyimpan untuk tabung kecemasan. Emas ini adalah Aset Kualiti Tinggi Yang Mudah Cair @ High Quality Liquid Aset (HQLA).

HQLA bermaksud emas ini mudah ditukar kepada tunai bila-bila masa samada dengan menjual emas yang disimpan atau dapatkan pinjaman dengan emas masuk ke ArRahnu. Nak tukar emas kembali kepada wang tunai adalah mudah sebenarnya tanpa perlu proses dokumentasi yang panjang dan tanpa mengira latar belakang kelayakan.

Mudah tukar emas kepada tunai tanpa melalui proses dokumentasi yang panjang.

Sebagai contoh untuk dapatkan pinjaman tunai emas dengan bawa masuk ArRahnu. Peminjam hanya perlu tunjuk bukti pengenalan diri dan kemudian surat pinjaman serta wang tunai pinjaman diberikan serta merta.

Fizo Omar tetap berusaha beli emas setiap bulan.

Fizo telah menyimpan selama 10 tahun dan membuat pembelian setiap bulan. Menurut beliau diawal kerjaya walaupun perlu ikat perut tetap beli emas kerana bagi beliau emas boleh dijadikan tabung kecemasan.

Penyimpan Emas konsisten simpan emas tanpa dipengaruhi harga.

Tidak menghairankan sifat seorang PENYIMPAN EMAS akan menyimpan tanpa dipengaruhi turun naik harga emas kerana telah set didalam fikiran ada wang tukar kepada emas.

Fizo Omar kini menabung emas untuk anak.

Tabiat simpanan emas diteruskan sehinggalah berumahtangga dan beliau meneruskan simpanan emas untuk anaknya pula. Pada umur anak 20 tahun sudah mempunyai tabung pendidikan. Bagi beliau emas adalah satu cara memaksa diri untuk menabung.

Tukar simpanan tabung pendidikan kepada emas dapat elak duit simpanan terpakai.

Salah satu isu yang hangat diperkatakan ada mempunyai tabung pendidikan untuk meneruskan pengajian ke institusi tinggi.  Lebih-lebih lagi kemampuan membuat pembayaran balik pinjaman pembelajaran selepas menamatkan pengajian menjadi perdebatan.

Selagi simpanan didalam bentuk yang senang dibelanjakan dan ada kemungkinan niat tabung sukar nak capai matlamat kerana ia mudah dibelanjakan. Sampai bila tabung nak penuh kalau asyik berbelanja.

Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Bak pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”. Tabung simpanan perlu diwujudkan seawal usia dan pada ketika masih muda sehat dan produktif untuk berusaha meningkatkan tabungan. Tak akan jumlah yang masuk tabung sama dari mula menabung.

Public Gold menawarkan simpanan emas Patuh Syariah sesuai untuk dijadikan tabung simpanan pendidikan anak-anak. Nak mula simpanan emas bermula RM100. Klik link disini >> Panduan simpanan emas Gold Accumulation Program <<

azrinros: AzrinRos PG0006947 adalah Dealer Emas Public Gold sedia membantu dan memberikan panduan cara mendapat emas atas talian dari Public Gold.

View Comments (2)

Related Post
Leave a Comment